Tuesday, December 17, 2019

BBM3410SATU2019: Tadaaaa Kalendar 2020 dah siap!

Assalamualaikum

Sudah sampai kepada posting terakhir bagi semester 7 saya di UPM. Selamat membaca semua!
Boring pun, sudilah baca ya. hehehe

Inilah muka orang yang tak tidur malam demi menyiapkan kalendar tahun 2020 ni. Mata dah lebam, kepala dah sakit, pergi kedai nak print kalendar pun sampai 4 kali ulang-alik sebab kena baiki, baiki dan baiki lagi kalendar ni. Tapi, apa-apa pun, saya bersyukur sangat dapat belajar menggunakan Adobe Photoshoot ni. Nanti bolehlah buat bisnes kalendar kan? Jemputlah tengok kalendar walaupun tak seberapa dari segi warnanya. Orang kata inilah first try. Terima kasih kepada Prof Normaliza dan juga En. Akmal yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kalendar ini walaupun, saya perlu banyak lagi belajar untuk memilih warna yang bersesuaian bagi tulisan dan background. Sis cuba!


Muka Depan Pemilik Kalendar : 1 Malaysia ke tu?

Januari 2020

Februari 2020 

Mac 2020 

April 2020

Mei 2020

Jun 2020

Julai 2020

Ogos 2020

September 2020

Oktober 2020 

November 2020

Disember 2020 

BBM3410SATU2019: Kalendar 2020

Assalamualaikum..

Ini adalah tugasan terakhir saya bagi Kursus BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa iaitu membuat Kalendar bagi tahun 2020 dengan menggunakan Adobe Photoshoot. Untuk posting kalendar kali ini, saya akan membuat dua posting iaitu gambar kalendar sahaja dan gambar saya bersama kalendar 2020. Kenapa perlu 2 posting? disebabkan ini adalah posting terakhir bagi kuliah ini, jadi istimewa lah sikit. Comel kan?


Muka Depan Kalendar

Bulan Januari

Bulan Februari

Bulan Mac

Bulan April

Bulan Mei

Bulan Jun

Bulan Julai

Bulan Ogos

Bulan September

Bulan Oktober

Bulan November

Bulan Disember


Sunday, December 15, 2019

BBM3410Satu2019: KETIKA DAN KALIMAT

Bismillahirrahmanirrahim...

KETIKA DAN KALIMAT

Pejam celik, pejam celik semester akhir akan menutup tirai, jendela, pintu dan juga tingkap. Saya tak mahu berborak panjang. Tetapi, inilah esei yang perlu saya karang dengan sepenuh hati saya.  Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang saya hormati iaitu Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan sahabat-sahabat dalam dunia multimedia. Keduanya, ribuan terima kasih kepada En. Akmal selaku tenaga pengajar Kelas Amali yang membuat saya celik mata dan minda dalam dunia Twitter yang seumur hidup saya tak pandai nak tweet2 orang, dan di Facebook tu, terpaksa tebalkan bedak muka untuk postkan gambar di situ dan juga Photoshot. Ketiga merangkap yang terakhir, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada sahabat Langgar Production yang terdiri daripada 11 orang kesemuanya. Tipulah jika tiada konflik dan salah faham antara kami semua sepanjang kami menjalankan tugasan yang bertimbun ini. Namun, sejujurnya saya berasa gembira dapat berkumpulan dengan Langgar Production dari minggu yang pertama sehinggalah minggu ke-14 semester 7 ini.

Pada awalnya, saya tidak menyangka akan berkumpulan yang majoritinya kaum adam yang asalnya saya kurang berkomunikasi antara satu sama lain namun, inilah yang dikatakan Takdir Allah dan Reda yang perlu saya faham maknanya yang sebenar sepanjang mengambil kursus ini. Segala teguran yang saya terima daripada Prof dan sahabat Langgar akan saya jadikan sebagai pengajaran untuk saya perbaiki pada masa hadapan. Yang penting sep dio ramai dari Kelate, sep kito jange pecoh! Harap diri sendiri dah boleh faham Reda yang sebenar.

Akhir sekali, saya ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf atas segala kesilapan yang saya lakukan dengan sengaja mahupun tidak sengaja sepanjang berada dalam Langgar Production. Memang tidak dapat dinafikan bahawa subjek ini telah banyak membuat saya ketawa dan gelak kadang-kala sampai tak ingat dunia bila terpaksa menjadi pelakon dan menjadi apa-apa watak dalam video tanpa ada rasa malu dan segan. Namun begitu, kami tetap Langgar dan Redah sahaja! Agak-agak berapa patah perkataan esei ini? Selepas ini, saya dah boleh qada segala tidur saya sebagai ganti sepanjang kursus ini. Apa-apa pun Geng Langgar Production sangat sempoi bak hang!

#Siskekokbilakenapakaibahasabaku
#Sisnakkecekkelatetakutoredokpehe



Gambar 1: Sahabat Multimedia


Gambar 2: Sahabat Langgar Production



Gambar 3: Prof Kesayangan Saya ( saya pun nak nampak muda pakai spek mata )



BBM3410Satu2019: Video 15 ( Akhir ) One Shot 3 Layer - 'Saya Tahu'

Assalamualaikum sahabat semua, apa khabar?

Syukur ke Hadrat Ilahi..inilah video terakhir kami dari Langgar Production sepanjang kami mengambil kursus BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa. Minggu ini jugalah, jadual kami penuh dengan pelbagai tugasan persembahan yang lain. Minggu ini juga kami terpaksa meredah hujan,  meredah jem yang teruk, kelaparan, bersakit-sakit, mata panda, mandi tak basah, tidur pun tak lena. Tapi kami gagahkan juga untuk menyelesaikan tugasan video akhir kami ini. Disebabkan lagu ciptaan Prof saya sendiri iaitu yang bertajuk 'Saya Tahu' amat menyentuh hati saya. Jika didengar dengan khusyuk dan penuh memahami, pasti akan mengalirkan air mata.

Jadi, apabila kami perlu merekod video dengan menggunakan lagu ini, kami perlu menggunakan emosi kami secara sepenuhnya. Dalam video ini saya telah memegang watak seorang ibu yang mempunyai seorang anak yang Sindrom Down. Kami juga telah memilih dua buah lokasi yang berbeza iaitu di teratak sahabat Langgar kami di Kajang dan di pasar raya IOI. Nak tahu, macam mana video kami itu dibuat, nanti saya akan paparkan link video di bawah ini. Tekan saja link, dah boleh tengok.

Terima Kasih dari kami, Langgar Production!

Video One Shot 3 Layer


BBM3410Satu2019: Vlog Partner - Chop N Steak ( Makanan )

Assalamualaikum Everyone!

Korang rasa lapar tak? Kalau rasa lapar, jemputlah tekan link di bawah ini. Video kali ini adalah vlog antara saya dan sahabat saya iaitu Nurul Afikah sebagai partner saya dalam video ini. Kami telah memilih sebuah kedai untuk reviews kesedapan dan kelazatan makanan di restoran tersebut iaitu Restoran Chop N Steak. Restoran ini terletak di Sri Serdang di area Universiti Putra Malaysia (UPM). Inilah kali pertama saya makan makanan di restoran tersebut. Menu yang telah saya pilih ada Lamb Chop dan Afikah telah memilih menu Chicken Chop. Disebabkan saya bukan penggemar ayam bersalut, jadi lebih memilih daging kambing yang menjadi kesukaan saya.

Sesiapa yang belum pernah singgah di restoran ini, boleh lah selepas ini pergi singgah makan. Jangan lupa bawa keluarga, pakwa, makwe dan sahabat semua. Sumpah tak menyesal. Harganya yang berpatutan, dagingnya yang besar, sampai tak habis saya makan. Dah la sedap, sampai menjilat jari, fuhhh..daging dan ayamnya lembut amat, kuahnya yang pekat dan lazat dipandang. Urmmm tiba-tiba rasa nak repeat lagi makan dekat Chop N Steak ni. Sebelum saya pulang menamatkan pengajian di UPM, saya akan jejak lagi sekali di restoran ini. Nak makan puas-puas. Prof, dah pernah pergi makan dekat sana? Kalau belum, boleh lah Prof cuba singgah makan dekat sana dan jangan lupa bawa saya sekali. Hehehe.

Jemputlah, menonton video di bawah ini. Mesti korang akan rasa lapar dan terliur!



BBM3410Satu2019: Video 14 - Tragedi dan Seram 'Kawan Baik'

Assalamualaikum...

Minggu-minggu akhir ini dikejutkan dengan viva ( Pembentangan Kajian Ilmiah Tahun Akhir ), dikejutkan juga dengan tugasan video-video multimedia yang bertimbun dan menyeramkan lagi. Diakui di sini bahawa saya merupakan seorang hamba Allah yang penakut, bila tengok cerita hantu di panggung wayang, orang sebelah, atas, bawah terkejutkan saya bukannya hantu tu. HAHAHA

Bukan penakut, tapi hantu tu yang menakutkan. Jadi salahkan mereka! Dalam video ini, saya dan beberapa orang kawan perempuan menjadi watak sampingan dengan membuat aksi terkejut apabila melihat kawan kami, sedang memeluk sahabatnya yang telah meninggal dunia. Jadi, untuk sahabat semua yang ingin tahu, kisah penuhnya, jemputlah tekan link di bawah ini ya. Semoga sahabat semua boleh tidur nyenyak malam ini. hehehe

Jangan lupa subscribe channel kami #Langgar Production. Ada banyak video-video menarik kami. Selamat menonton dan moga bermanfaat dan terhibur!

#Masihbelajarjadipelakon
#Masihbelajaruntukreda
#demam2punkuredahsaja


Video Tragedi dan Seram : Kawan Baik


https://www.youtube.com/watch?v=xC38WsJ04TI

BBM3410Satu2019: Video 13 - Serbuk Pencuci Baju

Assalamualaikum sahabat semua!

Saya nak tanya sikit, korang basuh pakaian pakai tangan ke pakai mesin? Kalau kulit korang sensitif lebih baik pakai mesin ok. Jangan pakai tangan. HAHAHA.

Minggu ini mendapat tugas untuk melukis serbuk pencuci baju. Sahabat semua pakai pencuci apa?
Daia? Febreze? Fab? atau pakai yang cecair? sebenarnya, pencuci yang serbuk ini, harganya lebih murah berbanding yang cecair. Saya penggemar Sabun Keluaran Langgar. Harga murah dan berpatutan dan promosi kaw-kaw.

Anda pula bagaimana? kalau sama, mesti anda jodoh saya. Pakai apa-apa jenis pencuci pakaian ini, In shaa Allah ada kualiti dan kelebihannya yang tersendiri kan. Jadi, rajin-rajinkanlah mencuci pakaian di kolej masing-masing. HAHAHA. Jom tonton video di bawah ini. Tengok siapa yang paling hebat dalam berseni selain berlakon..hehehe


Video Serbuk Pencuci Baju


BBM3410Satu2019: Video 12 - Vlog Temu Bual Pensyarah dan Pelajar

Assalamualaikum,

Minggu ke berapa sudah kami ditugaskan untuk merakam beberapa buah video yang sangat mencabar pada kami. Dalam satu minggu nak kejar tugasan subjek lain, nak kejar persembahan keterampilan, nak kejar PITA, nak kejar Viva. Semualah terkejar-kejar. Tetapi, kami telah berbincang untuk mencari satu masa yang semua orang dapat membuat temu bual bersama pensyarah dan pelajar untuk menanyakan soalan berkaitan dengan multimedia.

Kumpulan kami iaitu Langgar Production telah memilih seorang pensyarah iaitu Dr. Sharil Nizam dan seorang pelajar perempuan tahun 1 Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Nak tahu apa soalan-soalan yang kami tanya kepada mereka, jemputlah tonton video kami di bawah ini. In shaa Allah, sahabat semua akan berasa betapa pentingnya penggunaan multimedia dalam kehidupan kita seharian. Silakan tonton!


Video Vlog Temu bual Pensyarah dan Pelajar


BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 12 - Emoji dan Swafoto:-)

Assalamualaikum..

Sudah sampai ke penghujung semester akhir saya. Tipulah kalau saya tidak berasa sedih dan bakal sunyi bila tiba masanya untuk berpisah dengan kawan-kawan. Tambahan lagi, akan meninggalkan subjek multimedia bersama Prof Normaliza yang kami sayangi dan hormati.

Minggu 12 ini saya telah mendapat tugas untuk membuat dua posting di Instagram iaitu menggambarkan emoji dan swafoto bersama pensyarah saya.

Disebabkan sahabat blogger saya belum mengenali Prof saya yang telah banyak membantu saya dalam dunia multimedia ini, jadi..saya nak memperkenalkan Prof saya yang comel ini. hehe. Beliau lah yang telah menarik saya dari tempurung untuk bergiat aktif dalam dunia lakonan. Kalau tak percaya, jemputlah melawati channel kami iaitu Langgar Production. Nah! dekat bawah saya kenalkan anda dengan pensyarah saya. Comel kan beliau? budak kecil tu, anak buah saya.

Gambar 1: Emoji


Gambar 2: Swafoto Bersama Prof


Gambar 3: Prof Likes dan Comment




BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 11 ( Mak dan Keberkatan )

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum sahabat blogger semua, apa khabar? cepat sungguh masa berlalu, pejam celik, pejam celik sudah minggu ke-11. Dah tak lama dah kami akan meninggalkan kelas Prof Normaliza yang kami kasihi.

Minggu 11, adalah minggu dimana kami mendapat tugasan untuk membuat 2 posting di paparan Instagram iaitu cerita pendek antara saya dengan Mak dan satu gambar yang menggambarkan keberkatan. Jadi, jemputlah follow saya di Instagram untuk membaca posting-posting saya di sana. In shaa Allah, sahabat semua pasti akan terhibur.

Gambar 1: Mak


Gambar 2: Keberkatan


Yeay! Prof Komen dan Likes


Thursday, December 5, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

Assalamualaikum, hari ini saya akan membuat satu ulasan bagi buku Eh!!! Media Sosial. Selamat membaca semuanya. Buku ini mengandungi 8 Bab kesemuanya. Dalam bab 1 buku ini ada menjelaskan mengenai media sosial iaitu bagi gambaran keseluruhan. Tambahan lagi, bab ini ada menyatakan beberapa jenis media sosial yang ada dan media sosial juga merupakan suatu medium untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa sekali gus untuk menggalakkan penglibatan pelajar. Manakala, Bab 2 buku ini pula mengetengahkan kajian mengenai Twitter dan trend terkini. Dalam bab ini juga, terbukti bahawa Twitter ini merupakan suatu kemudahan untuk mengakses, mendapatkan informasi yang terkini, memudahkan kerja harian dan lain-lain. Facebook masih digunakan sehingga ke hari ini. Bab 3 ini mengetengahkan kerelevanan penggunaan Facebook ini sudah mencecah dua bilion pengguna yang aktif setiap bulan bermula daripada Jun 2017. Jika dilihat, Facebook ini banyak kegunaannya terutama kepada para pelajar untuk mengetahui tentang isu semasa. Facebook juga menjadi satu cabang perkongsian ilmu melalui pengajaran dan pembelajaran. Realitinya Instagram memang menyeronokkan. Itulah yang dikatakan dalam Bab 4 buku ini. Instagram merupakan salah satu media yang memberi peluang kepada masyarakat untuk mengasah minat misalnya, untuk gambar berkongsi video-video yang menarik dan bermanfaat sekali gus mampu meningkatkan kemahiran dalam penggunaan teknologi ini.

Seterusnya, dalam Bab 5 yang berbunyi E-Mel masa popular pada masa kini. Sejujurnya e-mel masih kekal digunakan dan dianggap penting untuk urusan rasmi. E-Mel ini mengajar seseorang untuk lebih menjaga bahasa ketika menulis. Jelasnya, E-Mel masih digunakan oleh masyarakat kerana ia dianggap lebih selamat dan terjamin. Blog di dalam kelas bahasa, itulah yang diketengahkan dalam bab 6 ini. Blog berfungsi membantu pelajar mahupun masyarakat dalam meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk menulis. Penggunaan blog ini juga telah membantu pelajar Korea dalam mempelajari sastera, bahasa dan pembelajaran teknologi. Bab 7: Isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Bab ini mengemukakan kajian mengenai penggunaan rangkaian sosial dan penggunanya. Penulisan atau perkongsian yang dikongsi atau dipaparkan kepada khalayak perlu dititiberatkan sebelum ia dilihat umum. Oleh itu, dalam bab ini telah membantu pengguna untuk memahami kesan penggunaan bahasa yang tidak berkesesuaian di dalam rangkaian sosial. Bab yang terakhir dalam buku ini iaitu Bab 8 iaitu telah menyentuh mengenai Implikasi Pedagogi. Secara kesimpulannya, media sosial dan rangkaian sosial termasuklah Facebook, Twitter, Instagram, blog dan sebagainya menawarkan peluang dan mengukuhkan pembelajaran pelajar dan memberi impak yang positif kepada para pengguna. Jelasnya, segala penulisan dalam buku ini, memberi banyak manfaat dan pengetahuan kepada pembaca.

Rujukan:

Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017). Eh!!! Media Sosial. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu
UMT

Harga: RM 60






Wednesday, December 4, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi

Ulasan Buku

Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi mendedahkan tentang teori dan strategi dalam komunikasi.

Dalam bab pertama buku ini, ada menerangkan tentang definisi tentang apa itu wacana? Menurut tokoh Asmah Haji Omar, 1986 wacana merupakan sesuatu pertuturan atau tulisan yang bermakna dalam sesuatu komunikasi. Justeru wacana ini boleh disimpulkan sebagai komunikasi sama ada lisan mahupun tulisan. Seterusnya, dalam Bab 2 buku ini adalah terkandungnya teori dan pendekatan wacana. Dalam bab ini, terdapat banyak teori yang telah dikemukakan oleh beberapa orang tokoh antaranya Brown & Yule (1983), Stubbs (1983) dan banyak lagi. Selain itu, Normaliza Abd Rahim (2018b) juga mengeluarkan beberapa elemen penting dalam teorinya iaitu meliputi pra-andaian, emosi, nilai dan budaya, bahasa dan inferens. Seterusnya, dalam Bab 3 buku ini pula ada mengemukakan tentang analisis wacana tekstual dan ujaran. Dalam bab ini, kajian analisis wacana yang dijalankan adalah meliputi tiga kajian iaitu kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme.

Seterusnya, Bab 4 dalam buku ini mendedahkan mengenai strategi komunikasi. Strategi komunikasi dedifinisikan sebagai pendekatan yang digunakan dalam komunikasi di antara satu sama lain. Selain itu, komunikasi ini boleh disimpulkan komunikasi yang dilakukan secara kumpulan kecil dan kumpulan besar. Kesimpulannya dalam bab 4 ini boleh disimpulkan bahawa komunikasi membawa kesan  kepada pendengar, dilakukan dalam apa-apa jua keadaan, mudah difahami dan seangkatannya. Manakala, dalam Bab 5 buku ini pula, membincangkan mengenai Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi.Namun begitu, terdapat banyak lagi pendekatan strategi komunikasi yang didedahkan dalam buku ini. Jelasnya, terdapat lima jenis strategi taksonomi yang diperkenalkan dalam buku ini oleh Normaliza Abd Rahim, Tarone (1977), Johnstone (1989), Dornyei & Scott (1977) dan Faerch & Kasper (1983).

Seterusnya, dalam Bab 6 buku ini iaitu Analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak pula, menganalisis penggunaan bahasa ( komunikasi ) dalam kalangan pelajar sekolah yang berusia 11 tahun dengan menggunakan pendekatan yang dikemukakan oleh Normaliza Abd Rahim (2018b) yang bercirikan 16 elemen iaitu singkatan, perkataan baharu tiada makna, penafian, persoalan, pengulangan, perujukan, pembetulan kendiri, topik berlainan, celahan, penangguhan, terjemahan literal, pertukaran bahasa, imaginasi, kesopanan, parafrasa dan meminta pertolongan dalam kalangan kanak-kanak sekolah. Bab 7 pula iaitu bab yang terakhir dalam buku ini ialah berkaitan cadangan kajian yang akan datang. Secara rumusannya, kajian mengenai analisis wacana dan strategi komunikasi ini dapat memberi kesan yang baik kepada pelajar dan masyarakat dalam mengaplikasikan strategi ini dalam kehidupan seharian, ketika memulakan sesuatu komunikasi agar perbualan yang dituturkan memberi kebahagiaan kepada pendengar.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi

Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Harga Buku: RM 20.00