Wednesday, December 4, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi

Ulasan Buku

Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi mendedahkan tentang teori dan strategi dalam komunikasi.

Dalam bab pertama buku ini, ada menerangkan tentang definisi tentang apa itu wacana? Menurut tokoh Asmah Haji Omar, 1986 wacana merupakan sesuatu pertuturan atau tulisan yang bermakna dalam sesuatu komunikasi. Justeru wacana ini boleh disimpulkan sebagai komunikasi sama ada lisan mahupun tulisan. Seterusnya, dalam Bab 2 buku ini adalah terkandungnya teori dan pendekatan wacana. Dalam bab ini, terdapat banyak teori yang telah dikemukakan oleh beberapa orang tokoh antaranya Brown & Yule (1983), Stubbs (1983) dan banyak lagi. Selain itu, Normaliza Abd Rahim (2018b) juga mengeluarkan beberapa elemen penting dalam teorinya iaitu meliputi pra-andaian, emosi, nilai dan budaya, bahasa dan inferens. Seterusnya, dalam Bab 3 buku ini pula ada mengemukakan tentang analisis wacana tekstual dan ujaran. Dalam bab ini, kajian analisis wacana yang dijalankan adalah meliputi tiga kajian iaitu kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme.

Seterusnya, Bab 4 dalam buku ini mendedahkan mengenai strategi komunikasi. Strategi komunikasi dedifinisikan sebagai pendekatan yang digunakan dalam komunikasi di antara satu sama lain. Selain itu, komunikasi ini boleh disimpulkan komunikasi yang dilakukan secara kumpulan kecil dan kumpulan besar. Kesimpulannya dalam bab 4 ini boleh disimpulkan bahawa komunikasi membawa kesan  kepada pendengar, dilakukan dalam apa-apa jua keadaan, mudah difahami dan seangkatannya. Manakala, dalam Bab 5 buku ini pula, membincangkan mengenai Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi.Namun begitu, terdapat banyak lagi pendekatan strategi komunikasi yang didedahkan dalam buku ini. Jelasnya, terdapat lima jenis strategi taksonomi yang diperkenalkan dalam buku ini oleh Normaliza Abd Rahim, Tarone (1977), Johnstone (1989), Dornyei & Scott (1977) dan Faerch & Kasper (1983).

Seterusnya, dalam Bab 6 buku ini iaitu Analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak pula, menganalisis penggunaan bahasa ( komunikasi ) dalam kalangan pelajar sekolah yang berusia 11 tahun dengan menggunakan pendekatan yang dikemukakan oleh Normaliza Abd Rahim (2018b) yang bercirikan 16 elemen iaitu singkatan, perkataan baharu tiada makna, penafian, persoalan, pengulangan, perujukan, pembetulan kendiri, topik berlainan, celahan, penangguhan, terjemahan literal, pertukaran bahasa, imaginasi, kesopanan, parafrasa dan meminta pertolongan dalam kalangan kanak-kanak sekolah. Bab 7 pula iaitu bab yang terakhir dalam buku ini ialah berkaitan cadangan kajian yang akan datang. Secara rumusannya, kajian mengenai analisis wacana dan strategi komunikasi ini dapat memberi kesan yang baik kepada pelajar dan masyarakat dalam mengaplikasikan strategi ini dalam kehidupan seharian, ketika memulakan sesuatu komunikasi agar perbualan yang dituturkan memberi kebahagiaan kepada pendengar.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi

Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Harga Buku: RM 20.00






No comments:

Post a Comment