Thursday, December 5, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

Assalamualaikum, hari ini saya akan membuat satu ulasan bagi buku Eh!!! Media Sosial. Selamat membaca semuanya. Buku ini mengandungi 8 Bab kesemuanya. Dalam bab 1 buku ini ada menjelaskan mengenai media sosial iaitu bagi gambaran keseluruhan. Tambahan lagi, bab ini ada menyatakan beberapa jenis media sosial yang ada dan media sosial juga merupakan suatu medium untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa sekali gus untuk menggalakkan penglibatan pelajar. Manakala, Bab 2 buku ini pula mengetengahkan kajian mengenai Twitter dan trend terkini. Dalam bab ini juga, terbukti bahawa Twitter ini merupakan suatu kemudahan untuk mengakses, mendapatkan informasi yang terkini, memudahkan kerja harian dan lain-lain. Facebook masih digunakan sehingga ke hari ini. Bab 3 ini mengetengahkan kerelevanan penggunaan Facebook ini sudah mencecah dua bilion pengguna yang aktif setiap bulan bermula daripada Jun 2017. Jika dilihat, Facebook ini banyak kegunaannya terutama kepada para pelajar untuk mengetahui tentang isu semasa. Facebook juga menjadi satu cabang perkongsian ilmu melalui pengajaran dan pembelajaran. Realitinya Instagram memang menyeronokkan. Itulah yang dikatakan dalam Bab 4 buku ini. Instagram merupakan salah satu media yang memberi peluang kepada masyarakat untuk mengasah minat misalnya, untuk gambar berkongsi video-video yang menarik dan bermanfaat sekali gus mampu meningkatkan kemahiran dalam penggunaan teknologi ini.

Seterusnya, dalam Bab 5 yang berbunyi E-Mel masa popular pada masa kini. Sejujurnya e-mel masih kekal digunakan dan dianggap penting untuk urusan rasmi. E-Mel ini mengajar seseorang untuk lebih menjaga bahasa ketika menulis. Jelasnya, E-Mel masih digunakan oleh masyarakat kerana ia dianggap lebih selamat dan terjamin. Blog di dalam kelas bahasa, itulah yang diketengahkan dalam bab 6 ini. Blog berfungsi membantu pelajar mahupun masyarakat dalam meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk menulis. Penggunaan blog ini juga telah membantu pelajar Korea dalam mempelajari sastera, bahasa dan pembelajaran teknologi. Bab 7: Isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Bab ini mengemukakan kajian mengenai penggunaan rangkaian sosial dan penggunanya. Penulisan atau perkongsian yang dikongsi atau dipaparkan kepada khalayak perlu dititiberatkan sebelum ia dilihat umum. Oleh itu, dalam bab ini telah membantu pengguna untuk memahami kesan penggunaan bahasa yang tidak berkesesuaian di dalam rangkaian sosial. Bab yang terakhir dalam buku ini iaitu Bab 8 iaitu telah menyentuh mengenai Implikasi Pedagogi. Secara kesimpulannya, media sosial dan rangkaian sosial termasuklah Facebook, Twitter, Instagram, blog dan sebagainya menawarkan peluang dan mengukuhkan pembelajaran pelajar dan memberi impak yang positif kepada para pengguna. Jelasnya, segala penulisan dalam buku ini, memberi banyak manfaat dan pengetahuan kepada pembaca.

Rujukan:

Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017). Eh!!! Media Sosial. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu
UMT

Harga: RM 60






No comments:

Post a Comment