Monday, November 11, 2019

BBM3410Satu2019: Jom Dengar Cerita Budak Twitter!

Allahuakbar!

saya dah tak sabar nak tamatkan penulisan saya di blog ini. Sahabat mohon doakan saya baik-baik saja ya. Nak menaip ni bukan senang, dengan wifi slow, data slow, otak pun slow, tapi bila masuk bab makan laju saja. HAHAHA

Sahabat! kalau nak kenal saya, komen saja di bawah posting saya ini. Korang mungkin ada idea untuk saya menulis caption apa pada tugasan-tugasan saya semua ni. Saya sebenarnya tak sabar nak habiskan kehidupan degree saya di UPM ni.
Tapi, sesungguhnya...saya pasti akan merindui sahabat universiti saya ini.
Sebaklah pula.
Setakat ini sahaja dulu, nanti kita sambung pada posting seterusnya.:-)

SEKEJAP! Saya lupa nak bagi tahu, sahabat jangan lupa follow twitter saya ini ya. Ini kali pertama saya belajar membuat posting pada twitter. Sumpah blurr nak guna twitter ni. Sampai ke hari ini, nak buat posting pada twitter saya kena teliti. Sebab apa? sebab saya sejenis yang kuat typo, jadi bila saya nak post sahaja caption saya, pasti akan ada typo, dan benda tu tak dapat edit semula weyyyyyy...!
sabar saja.

#DoakansayaRedakengkawan





BBM3410Satu2019: Video Fotografi 5 (Flat Lay Kumpulan)

Assalamualaikum,
Ingatkan cuti midterm hari tu boleh pergi jalan-jalan dan makan angin..Tiba-tiba kami mendapat tugas untuk terjun kolam. Eh! bukanlah.HAHAHA. Kami mendapat tugas untuk ambil gambar lagi. Apa agak-agak perasaan kami sebagai seorang perempuan?

Apa perempuan suka?
MAKAN, SELFIE, MEKAP & TIDUR. Betulkah?

Alhamdulillah! memang kami dapat tugasan untuk terlibat dalam semua benda di atas ni..
Jadi, korang pergilah melawat youtube sekejap. Tengok apa yang saya sedang merepek dekat sini.
Selamat menonton sahabat semua.

#sebenarnyatiadaideanaktulisapadia
#inilahredasebenarnakkenatuliscaptionsemuani
#ayuhsesamareda
#cepatcakapsayacomel
#okdahsayagurausaja

Video Flat Lay




BBM3410Satu2019: Video Fotografi 3 & 4

Bismillahirrahmanirrahim..

Hai jumpa lagi sahabat semua..Izinkan patik berkongsi sajak di sini!
Sajak yang saya kongsi di sini adalah untuk kaitkan dengan video kami di bawah ini. Kami di sini ingin mengangkat semula simpulan bahasa yang masyarakat hari ini sudah lupa kiasan dalam kita berkomunikasi:-)
sekejap, dekat bawah juga saya selitkan potret kami, untuk sahabat-sahabat kenal kami SEMUA
Terima kasih!

Sajak Tautan Tradisi
Ketika ini,
Kita sering kali terleka,
Mulai lupa tradisi keluarga,
Mulai lupa amanat nenek moyang,
Ada ketika kita tidak mengenal,
Apa itu tarian labi-labi?
Apa itu kuih buah rotan?

Ketika ini,
Kita diambang pembangunan,
Dihenyak pemodenan,
Sehingga kita lupa asal usul sendiri,
Apa itu tradisi?
Adakah tradisi itu lapuk?
Tidak!
Mungkin juga belum terdedah,
Mungkin juga belum terpaut.

Ketika ini,
Anak-anak perlu sedar,
Sedar untuk membangun tradisi,
Tradisi Melayu kita,
Jangan sesekali lupa bahawa,
Kita masih darah daging Melayu,
Pertahankan hak milik kita,
Jangan sesekali menjunjung pemodenan,
Sehingga tercicirnya tautan tradisi.


BBM3410Satu2019: Video Fotografi 2


Assalamualaikum sahabat semua..apa khabar?

Sudah agak lama saya menyepi, hari ini baru melawat blog semula disebabkan dapat pesanan dari pensyarah untuk bertanya khabar kalian semua. hehehe
Sepanjang menghadiri kelas multimedia ni, sampai saya sendiri tidak sempat makan, minum dan semualah..hari-hari menghadap laptop. HAHAHA

Saya tak mahu berucap panjang di sini, cuma ingin menjemput sahabat-sahabat semua untuk menonton video kami, Like dan Subscribe ya!
Di bawah ini saya kongsikan video pertama kami dan nama kumpulan kami adalah

#LANGGAR PRODUCTION
Sebelum itu mari saya perkenalkan ahli kumpulan saya yang terdiri dari 11 orang kesemuanya:)
8 orang lelaki dan 3 orang sahaja anak dara.

Ahli Langgar Production
- Naim
- Pijo
-Aliff
-Fhikrey
-Syam
-Fikri
-Fauzan
-Icad
-Yuza
-Afiqah
-dan............................................saya Ecah

Selamat Berkenalan! Nak kenal kami lebih rapat? Jom sesama tonton video kami
Terima Kasih!




Saturday, November 2, 2019

BBM3410Satu2019: VIDEO FOTOGRAFI 6 (FLAT LAY INDIVIDU) - Makanan

Assalamualaikum

Profesor Dr. Normaliza, sahabat-sahabat Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM serta sahabat blogger sekalian. Bertemu lagi kita dalam penulisan mengenai bukti tugasan yang telah saya lakukan sepanjang menghadiri kuliah multimedia di universiti.

Untuk pengetahuan semua, sepanjang cuti satu minggu di kampung, saya telah dibekalkan dengan tugasan yang dinamakan tugasan Flat Lay iaitu kami diamanahkan untuk memotret 11 keping gambar hidangan (4 gambar dari sudut yang berbeza). Pada awalnya tugasan ini agak mencabar pada saya, namun lama-kelamaan ia sangat menyeronokkan..hahaha. Bayangkan hari-hari saya kena masak demi siapkan tugasan Redo ni..hihihi

Sepanjang menjalankan tugasan ini juga ibu, kakak, abang, datuk, nenek, mak cik semua turut sama membantu saya menghasilkan gambar yang menarik dan video yang cantik. Sejujurnya, saya tidak mahir untuk memotret gambar, namun tugasan ini telah mengajar saya bagaimana untuk menghasilkan gambar yang menarik dan jelas.

Alhamdulillah, saya berjaya menyelesaikan tugasan individu ini. Korang nak tahu ke, apa itu Flat Lay?

Jemputlah view dan like channel saya di bawah ini. Link dekat bawah.
Terima kasih!



Friday, October 18, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6

Assalamualaikum...sahabat blog semua

sebelum tertutupnya tirai minggu ke-6, saya datang melawat ke blog ini adalah untuk menyelesaikan kerja Redha saya sepanjang kelas multimedia ini. Di bawah ini hanyalah paparan bukti yang saya telah membuat posting pada paparan Instagram saya.

Ada yang belum follow saya? jemput follow. In Shaa Allah, saya akan follow back anda!
Terima Kasih!


Instagram 1


Instagram 2


Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa


Normaliza Abd Rahim (2014) mengatakan bahawa penulisan blog adalah merupakan suatu proses dalam membantu mempertingkatkan motivasi dalam kehidupan seseorang pelajar itu. Keunikan blog ini dapat dilihat melalui prkongsian pengalaman, pendapat dan komen dalam apa-apa sahaja topik yang diketengahkan. Oleh itu, bagaimana blog ini dapat membantu pengguna atau pelajar adalah apabila penulisan blog ini dapat mengasah bakat seseorang dalam penulisan secara kreatif. Seterusnya, antara keistimewaan blog ini adalah pengguna sendiri akan merasa selamat dan selesa untuk berkongsi hal-hal yang bersifat peribadi, kerana pengguna blog itu sendiri boleh memilih siapa sahaja jemputan pembaca yang diinginkan dan terkawal.

Terdapat banyak kajian yang melibatkan blog ini di mana blog ini merupakan suatu medium dialog di antara penulis blog dengan pembaca, pembaca dengan pembaca dan penulis blog dengan penulis blog yang lain. Hal ini dikatakan demikian oleh (Ferdig & Trammel, 2004). Selain itu, manfaat penulisan dalam blog ini juga mampu melatih para pelajar dalam memperbaiki penulisan secara kritikan. Buktinya, melalui setiap daripada maklum balas secara atas talian oleh teknologi tersebut, pelajar mampu menilai semula penulisan mereka. Seterusnya, melalui kajian Zaini et. al. (2012) menyatakan bahawa melalui penggunaan blog ini juga, para pengguna atau pelajar mampu membentuk kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa. Manfaat penulisan pada blog ini juga mampu dilihat melalui kajian Nadzrah Abu Bakar et. al (2010) yang mengatakan bahawa penggunaan blog secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran  bahasa yang kedua bagi seseorang itu seperti membaca, menulis serta dapat meningkatkan keyakinan diri.

Melalui tiga bentuk hasil kajian dan perbincangan blog yang dilakukan ke atas pelajar universiti yang meceburi bidang akademik yang berbeza, iaitu blog di dalam Pengajian Kesusasteraan,  blog dalam Pembelajaran Bahasa dan blog dalam Pembelajaran Teknologi. Borang soal selidik ini telah diedarkan kepada dua jantina yang berbeza iaitu lelaki dan perempuan. Bagi pelajar yang mengambil jurusan Kesusasteraan, mereka lebih cenderung dalam menulis karya-karya sastera seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Manakala bagi para pelajar yang menceburi bidang bahasa mereka lebih cenderung menulis karangan yang berbentuk akademik pada paparan blog misalnya surat, meluahkan perasaan dan teka-teki. Akhir sekali, pelajar yang menceburi bidang teknologi pula lebih cenderung menggunakan aplikasi video, audio dan gambar pada paparan blog mereka. Oleh itu, benarlah bahawa sesuatu paparan pada blog seseorang terangkum pada bidang atau latar belakang seseorang itu, namun tidak dapat disangkal lagi bahawa penulisan blog banyak memberi kebaikan dan manfaat kepada penggunanya.