Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa


Normaliza Abd Rahim (2014) mengatakan bahawa penulisan blog adalah merupakan suatu proses dalam membantu mempertingkatkan motivasi dalam kehidupan seseorang pelajar itu. Keunikan blog ini dapat dilihat melalui prkongsian pengalaman, pendapat dan komen dalam apa-apa sahaja topik yang diketengahkan. Oleh itu, bagaimana blog ini dapat membantu pengguna atau pelajar adalah apabila penulisan blog ini dapat mengasah bakat seseorang dalam penulisan secara kreatif. Seterusnya, antara keistimewaan blog ini adalah pengguna sendiri akan merasa selamat dan selesa untuk berkongsi hal-hal yang bersifat peribadi, kerana pengguna blog itu sendiri boleh memilih siapa sahaja jemputan pembaca yang diinginkan dan terkawal.

Terdapat banyak kajian yang melibatkan blog ini di mana blog ini merupakan suatu medium dialog di antara penulis blog dengan pembaca, pembaca dengan pembaca dan penulis blog dengan penulis blog yang lain. Hal ini dikatakan demikian oleh (Ferdig & Trammel, 2004). Selain itu, manfaat penulisan dalam blog ini juga mampu melatih para pelajar dalam memperbaiki penulisan secara kritikan. Buktinya, melalui setiap daripada maklum balas secara atas talian oleh teknologi tersebut, pelajar mampu menilai semula penulisan mereka. Seterusnya, melalui kajian Zaini et. al. (2012) menyatakan bahawa melalui penggunaan blog ini juga, para pengguna atau pelajar mampu membentuk kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa. Manfaat penulisan pada blog ini juga mampu dilihat melalui kajian Nadzrah Abu Bakar et. al (2010) yang mengatakan bahawa penggunaan blog secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran  bahasa yang kedua bagi seseorang itu seperti membaca, menulis serta dapat meningkatkan keyakinan diri.

Melalui tiga bentuk hasil kajian dan perbincangan blog yang dilakukan ke atas pelajar universiti yang meceburi bidang akademik yang berbeza, iaitu blog di dalam Pengajian Kesusasteraan,  blog dalam Pembelajaran Bahasa dan blog dalam Pembelajaran Teknologi. Borang soal selidik ini telah diedarkan kepada dua jantina yang berbeza iaitu lelaki dan perempuan. Bagi pelajar yang mengambil jurusan Kesusasteraan, mereka lebih cenderung dalam menulis karya-karya sastera seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Manakala bagi para pelajar yang menceburi bidang bahasa mereka lebih cenderung menulis karangan yang berbentuk akademik pada paparan blog misalnya surat, meluahkan perasaan dan teka-teki. Akhir sekali, pelajar yang menceburi bidang teknologi pula lebih cenderung menggunakan aplikasi video, audio dan gambar pada paparan blog mereka. Oleh itu, benarlah bahawa sesuatu paparan pada blog seseorang terangkum pada bidang atau latar belakang seseorang itu, namun tidak dapat disangkal lagi bahawa penulisan blog banyak memberi kebaikan dan manfaat kepada penggunanya.

No comments:

Post a Comment