Sunday, December 15, 2019

BBM3410Satu2019: Video 14 - Tragedi dan Seram 'Kawan Baik'

Assalamualaikum...

Minggu-minggu akhir ini dikejutkan dengan viva ( Pembentangan Kajian Ilmiah Tahun Akhir ), dikejutkan juga dengan tugasan video-video multimedia yang bertimbun dan menyeramkan lagi. Diakui di sini bahawa saya merupakan seorang hamba Allah yang penakut, bila tengok cerita hantu di panggung wayang, orang sebelah, atas, bawah terkejutkan saya bukannya hantu tu. HAHAHA

Bukan penakut, tapi hantu tu yang menakutkan. Jadi salahkan mereka! Dalam video ini, saya dan beberapa orang kawan perempuan menjadi watak sampingan dengan membuat aksi terkejut apabila melihat kawan kami, sedang memeluk sahabatnya yang telah meninggal dunia. Jadi, untuk sahabat semua yang ingin tahu, kisah penuhnya, jemputlah tekan link di bawah ini ya. Semoga sahabat semua boleh tidur nyenyak malam ini. hehehe

Jangan lupa subscribe channel kami #Langgar Production. Ada banyak video-video menarik kami. Selamat menonton dan moga bermanfaat dan terhibur!

#Masihbelajarjadipelakon
#Masihbelajaruntukreda
#demam2punkuredahsaja


Video Tragedi dan Seram : Kawan Baik


https://www.youtube.com/watch?v=xC38WsJ04TI

BBM3410Satu2019: Video 13 - Serbuk Pencuci Baju

Assalamualaikum sahabat semua!

Saya nak tanya sikit, korang basuh pakaian pakai tangan ke pakai mesin? Kalau kulit korang sensitif lebih baik pakai mesin ok. Jangan pakai tangan. HAHAHA.

Minggu ini mendapat tugas untuk melukis serbuk pencuci baju. Sahabat semua pakai pencuci apa?
Daia? Febreze? Fab? atau pakai yang cecair? sebenarnya, pencuci yang serbuk ini, harganya lebih murah berbanding yang cecair. Saya penggemar Sabun Keluaran Langgar. Harga murah dan berpatutan dan promosi kaw-kaw.

Anda pula bagaimana? kalau sama, mesti anda jodoh saya. Pakai apa-apa jenis pencuci pakaian ini, In shaa Allah ada kualiti dan kelebihannya yang tersendiri kan. Jadi, rajin-rajinkanlah mencuci pakaian di kolej masing-masing. HAHAHA. Jom tonton video di bawah ini. Tengok siapa yang paling hebat dalam berseni selain berlakon..hehehe


Video Serbuk Pencuci Baju


BBM3410Satu2019: Video 12 - Vlog Temu Bual Pensyarah dan Pelajar

Assalamualaikum,

Minggu ke berapa sudah kami ditugaskan untuk merakam beberapa buah video yang sangat mencabar pada kami. Dalam satu minggu nak kejar tugasan subjek lain, nak kejar persembahan keterampilan, nak kejar PITA, nak kejar Viva. Semualah terkejar-kejar. Tetapi, kami telah berbincang untuk mencari satu masa yang semua orang dapat membuat temu bual bersama pensyarah dan pelajar untuk menanyakan soalan berkaitan dengan multimedia.

Kumpulan kami iaitu Langgar Production telah memilih seorang pensyarah iaitu Dr. Sharil Nizam dan seorang pelajar perempuan tahun 1 Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Nak tahu apa soalan-soalan yang kami tanya kepada mereka, jemputlah tonton video kami di bawah ini. In shaa Allah, sahabat semua akan berasa betapa pentingnya penggunaan multimedia dalam kehidupan kita seharian. Silakan tonton!


Video Vlog Temu bual Pensyarah dan Pelajar


BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 12 - Emoji dan Swafoto:-)

Assalamualaikum..

Sudah sampai ke penghujung semester akhir saya. Tipulah kalau saya tidak berasa sedih dan bakal sunyi bila tiba masanya untuk berpisah dengan kawan-kawan. Tambahan lagi, akan meninggalkan subjek multimedia bersama Prof Normaliza yang kami sayangi dan hormati.

Minggu 12 ini saya telah mendapat tugas untuk membuat dua posting di Instagram iaitu menggambarkan emoji dan swafoto bersama pensyarah saya.

Disebabkan sahabat blogger saya belum mengenali Prof saya yang telah banyak membantu saya dalam dunia multimedia ini, jadi..saya nak memperkenalkan Prof saya yang comel ini. hehe. Beliau lah yang telah menarik saya dari tempurung untuk bergiat aktif dalam dunia lakonan. Kalau tak percaya, jemputlah melawati channel kami iaitu Langgar Production. Nah! dekat bawah saya kenalkan anda dengan pensyarah saya. Comel kan beliau? budak kecil tu, anak buah saya.

Gambar 1: Emoji


Gambar 2: Swafoto Bersama Prof


Gambar 3: Prof Likes dan Comment




BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 11 ( Mak dan Keberkatan )

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum sahabat blogger semua, apa khabar? cepat sungguh masa berlalu, pejam celik, pejam celik sudah minggu ke-11. Dah tak lama dah kami akan meninggalkan kelas Prof Normaliza yang kami kasihi.

Minggu 11, adalah minggu dimana kami mendapat tugasan untuk membuat 2 posting di paparan Instagram iaitu cerita pendek antara saya dengan Mak dan satu gambar yang menggambarkan keberkatan. Jadi, jemputlah follow saya di Instagram untuk membaca posting-posting saya di sana. In shaa Allah, sahabat semua pasti akan terhibur.

Gambar 1: Mak


Gambar 2: Keberkatan


Yeay! Prof Komen dan Likes


Thursday, December 5, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

Assalamualaikum, hari ini saya akan membuat satu ulasan bagi buku Eh!!! Media Sosial. Selamat membaca semuanya. Buku ini mengandungi 8 Bab kesemuanya. Dalam bab 1 buku ini ada menjelaskan mengenai media sosial iaitu bagi gambaran keseluruhan. Tambahan lagi, bab ini ada menyatakan beberapa jenis media sosial yang ada dan media sosial juga merupakan suatu medium untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa sekali gus untuk menggalakkan penglibatan pelajar. Manakala, Bab 2 buku ini pula mengetengahkan kajian mengenai Twitter dan trend terkini. Dalam bab ini juga, terbukti bahawa Twitter ini merupakan suatu kemudahan untuk mengakses, mendapatkan informasi yang terkini, memudahkan kerja harian dan lain-lain. Facebook masih digunakan sehingga ke hari ini. Bab 3 ini mengetengahkan kerelevanan penggunaan Facebook ini sudah mencecah dua bilion pengguna yang aktif setiap bulan bermula daripada Jun 2017. Jika dilihat, Facebook ini banyak kegunaannya terutama kepada para pelajar untuk mengetahui tentang isu semasa. Facebook juga menjadi satu cabang perkongsian ilmu melalui pengajaran dan pembelajaran. Realitinya Instagram memang menyeronokkan. Itulah yang dikatakan dalam Bab 4 buku ini. Instagram merupakan salah satu media yang memberi peluang kepada masyarakat untuk mengasah minat misalnya, untuk gambar berkongsi video-video yang menarik dan bermanfaat sekali gus mampu meningkatkan kemahiran dalam penggunaan teknologi ini.

Seterusnya, dalam Bab 5 yang berbunyi E-Mel masa popular pada masa kini. Sejujurnya e-mel masih kekal digunakan dan dianggap penting untuk urusan rasmi. E-Mel ini mengajar seseorang untuk lebih menjaga bahasa ketika menulis. Jelasnya, E-Mel masih digunakan oleh masyarakat kerana ia dianggap lebih selamat dan terjamin. Blog di dalam kelas bahasa, itulah yang diketengahkan dalam bab 6 ini. Blog berfungsi membantu pelajar mahupun masyarakat dalam meningkatkan motivasi dan keyakinan untuk menulis. Penggunaan blog ini juga telah membantu pelajar Korea dalam mempelajari sastera, bahasa dan pembelajaran teknologi. Bab 7: Isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Bab ini mengemukakan kajian mengenai penggunaan rangkaian sosial dan penggunanya. Penulisan atau perkongsian yang dikongsi atau dipaparkan kepada khalayak perlu dititiberatkan sebelum ia dilihat umum. Oleh itu, dalam bab ini telah membantu pengguna untuk memahami kesan penggunaan bahasa yang tidak berkesesuaian di dalam rangkaian sosial. Bab yang terakhir dalam buku ini iaitu Bab 8 iaitu telah menyentuh mengenai Implikasi Pedagogi. Secara kesimpulannya, media sosial dan rangkaian sosial termasuklah Facebook, Twitter, Instagram, blog dan sebagainya menawarkan peluang dan mengukuhkan pembelajaran pelajar dan memberi impak yang positif kepada para pengguna. Jelasnya, segala penulisan dalam buku ini, memberi banyak manfaat dan pengetahuan kepada pembaca.

Rujukan:

Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017). Eh!!! Media Sosial. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu
UMT

Harga: RM 60






Wednesday, December 4, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi

Ulasan Buku

Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi mendedahkan tentang teori dan strategi dalam komunikasi.

Dalam bab pertama buku ini, ada menerangkan tentang definisi tentang apa itu wacana? Menurut tokoh Asmah Haji Omar, 1986 wacana merupakan sesuatu pertuturan atau tulisan yang bermakna dalam sesuatu komunikasi. Justeru wacana ini boleh disimpulkan sebagai komunikasi sama ada lisan mahupun tulisan. Seterusnya, dalam Bab 2 buku ini adalah terkandungnya teori dan pendekatan wacana. Dalam bab ini, terdapat banyak teori yang telah dikemukakan oleh beberapa orang tokoh antaranya Brown & Yule (1983), Stubbs (1983) dan banyak lagi. Selain itu, Normaliza Abd Rahim (2018b) juga mengeluarkan beberapa elemen penting dalam teorinya iaitu meliputi pra-andaian, emosi, nilai dan budaya, bahasa dan inferens. Seterusnya, dalam Bab 3 buku ini pula ada mengemukakan tentang analisis wacana tekstual dan ujaran. Dalam bab ini, kajian analisis wacana yang dijalankan adalah meliputi tiga kajian iaitu kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme.

Seterusnya, Bab 4 dalam buku ini mendedahkan mengenai strategi komunikasi. Strategi komunikasi dedifinisikan sebagai pendekatan yang digunakan dalam komunikasi di antara satu sama lain. Selain itu, komunikasi ini boleh disimpulkan komunikasi yang dilakukan secara kumpulan kecil dan kumpulan besar. Kesimpulannya dalam bab 4 ini boleh disimpulkan bahawa komunikasi membawa kesan  kepada pendengar, dilakukan dalam apa-apa jua keadaan, mudah difahami dan seangkatannya. Manakala, dalam Bab 5 buku ini pula, membincangkan mengenai Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi.Namun begitu, terdapat banyak lagi pendekatan strategi komunikasi yang didedahkan dalam buku ini. Jelasnya, terdapat lima jenis strategi taksonomi yang diperkenalkan dalam buku ini oleh Normaliza Abd Rahim, Tarone (1977), Johnstone (1989), Dornyei & Scott (1977) dan Faerch & Kasper (1983).

Seterusnya, dalam Bab 6 buku ini iaitu Analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak pula, menganalisis penggunaan bahasa ( komunikasi ) dalam kalangan pelajar sekolah yang berusia 11 tahun dengan menggunakan pendekatan yang dikemukakan oleh Normaliza Abd Rahim (2018b) yang bercirikan 16 elemen iaitu singkatan, perkataan baharu tiada makna, penafian, persoalan, pengulangan, perujukan, pembetulan kendiri, topik berlainan, celahan, penangguhan, terjemahan literal, pertukaran bahasa, imaginasi, kesopanan, parafrasa dan meminta pertolongan dalam kalangan kanak-kanak sekolah. Bab 7 pula iaitu bab yang terakhir dalam buku ini ialah berkaitan cadangan kajian yang akan datang. Secara rumusannya, kajian mengenai analisis wacana dan strategi komunikasi ini dapat memberi kesan yang baik kepada pelajar dan masyarakat dalam mengaplikasikan strategi ini dalam kehidupan seharian, ketika memulakan sesuatu komunikasi agar perbualan yang dituturkan memberi kebahagiaan kepada pendengar.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi

Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Harga Buku: RM 20.00