Monday, November 11, 2019

BBM3410Satu2019: Bertatih Facebook!

Assalamualaikum,

Hai sahabat muka buku semua! Jom add saya di Facebook.
Antara twitter, instagram, telegram apa yang paling saya suka agak-agaknya?
Mestilah makan! hehehe Facebook lah yang paling saya suka. Saya tak boleh menaip panjang-panjang disebabkan urat jari dah nak pitam. Jadi jemput follow facebook saya ya. 3 benda yang saya buat.

1- Cerita pendek
2- Pantun
3- Teori Strategi Komunikasi

Pergi ke kelas menaiki beca
Jemputlah membaca!
Terima kasih!

Gambar 1: Cerita Pendek

Gambar 2: Pantun

Gambar 3: Teori Strategi Komunikasi

BBM3410Satu2019: Lagi-lagi Twitter Reda sajalah Labu!

Assalamualaikum sahabat semua..

dah minggu ke berapa dah kita ni, macam mana semua, dah kurus ke? azam awal semester nak datang kuliah awal, tak mahu ponteng kuliah, kurangkan makan dan siapkan tesis. TAPI..agak-agak dah tercapai ke azam tu?

Minggu ini paling banyak tugasan amali yang kami perlu siapkan..In shaa Allah, kami dah boleh Reda perlahan-lahan.

Kawan-kawan saya jarang nak menipu dekat sini. Sumpah! saya dah blur sangat nak buat caption. Tapi ini disebabkan tanggungjawab. Saya perlu menulis juga di blog ini. Minggu ini, saya masih berjinak-jinak dengan twitter gaisss..
TAPI, kali ini ada cerita baharu.
Jom tengok, Terima kasih semua:-)





BBM3410Satu2019: Jom Dengar Cerita Budak Twitter!

Allahuakbar!

saya dah tak sabar nak tamatkan penulisan saya di blog ini. Sahabat mohon doakan saya baik-baik saja ya. Nak menaip ni bukan senang, dengan wifi slow, data slow, otak pun slow, tapi bila masuk bab makan laju saja. HAHAHA

Sahabat! kalau nak kenal saya, komen saja di bawah posting saya ini. Korang mungkin ada idea untuk saya menulis caption apa pada tugasan-tugasan saya semua ni. Saya sebenarnya tak sabar nak habiskan kehidupan degree saya di UPM ni.
Tapi, sesungguhnya...saya pasti akan merindui sahabat universiti saya ini.
Sebaklah pula.
Setakat ini sahaja dulu, nanti kita sambung pada posting seterusnya.:-)

SEKEJAP! Saya lupa nak bagi tahu, sahabat jangan lupa follow twitter saya ini ya. Ini kali pertama saya belajar membuat posting pada twitter. Sumpah blurr nak guna twitter ni. Sampai ke hari ini, nak buat posting pada twitter saya kena teliti. Sebab apa? sebab saya sejenis yang kuat typo, jadi bila saya nak post sahaja caption saya, pasti akan ada typo, dan benda tu tak dapat edit semula weyyyyyy...!
sabar saja.

#DoakansayaRedakengkawan





BBM3410Satu2019: Video Fotografi 5 (Flat Lay Kumpulan)

Assalamualaikum,
Ingatkan cuti midterm hari tu boleh pergi jalan-jalan dan makan angin..Tiba-tiba kami mendapat tugas untuk terjun kolam. Eh! bukanlah.HAHAHA. Kami mendapat tugas untuk ambil gambar lagi. Apa agak-agak perasaan kami sebagai seorang perempuan?

Apa perempuan suka?
MAKAN, SELFIE, MEKAP & TIDUR. Betulkah?

Alhamdulillah! memang kami dapat tugasan untuk terlibat dalam semua benda di atas ni..
Jadi, korang pergilah melawat youtube sekejap. Tengok apa yang saya sedang merepek dekat sini.
Selamat menonton sahabat semua.

#sebenarnyatiadaideanaktulisapadia
#inilahredasebenarnakkenatuliscaptionsemuani
#ayuhsesamareda
#cepatcakapsayacomel
#okdahsayagurausaja

Video Flat Lay




BBM3410Satu2019: Video Fotografi 3 & 4

Bismillahirrahmanirrahim..

Hai jumpa lagi sahabat semua..Izinkan patik berkongsi sajak di sini!
Sajak yang saya kongsi di sini adalah untuk kaitkan dengan video kami di bawah ini. Kami di sini ingin mengangkat semula simpulan bahasa yang masyarakat hari ini sudah lupa kiasan dalam kita berkomunikasi:-)
sekejap, dekat bawah juga saya selitkan potret kami, untuk sahabat-sahabat kenal kami SEMUA
Terima kasih!

Sajak Tautan Tradisi
Ketika ini,
Kita sering kali terleka,
Mulai lupa tradisi keluarga,
Mulai lupa amanat nenek moyang,
Ada ketika kita tidak mengenal,
Apa itu tarian labi-labi?
Apa itu kuih buah rotan?

Ketika ini,
Kita diambang pembangunan,
Dihenyak pemodenan,
Sehingga kita lupa asal usul sendiri,
Apa itu tradisi?
Adakah tradisi itu lapuk?
Tidak!
Mungkin juga belum terdedah,
Mungkin juga belum terpaut.

Ketika ini,
Anak-anak perlu sedar,
Sedar untuk membangun tradisi,
Tradisi Melayu kita,
Jangan sesekali lupa bahawa,
Kita masih darah daging Melayu,
Pertahankan hak milik kita,
Jangan sesekali menjunjung pemodenan,
Sehingga tercicirnya tautan tradisi.


BBM3410Satu2019: Video Fotografi 2


Assalamualaikum sahabat semua..apa khabar?

Sudah agak lama saya menyepi, hari ini baru melawat blog semula disebabkan dapat pesanan dari pensyarah untuk bertanya khabar kalian semua. hehehe
Sepanjang menghadiri kelas multimedia ni, sampai saya sendiri tidak sempat makan, minum dan semualah..hari-hari menghadap laptop. HAHAHA

Saya tak mahu berucap panjang di sini, cuma ingin menjemput sahabat-sahabat semua untuk menonton video kami, Like dan Subscribe ya!
Di bawah ini saya kongsikan video pertama kami dan nama kumpulan kami adalah

#LANGGAR PRODUCTION
Sebelum itu mari saya perkenalkan ahli kumpulan saya yang terdiri dari 11 orang kesemuanya:)
8 orang lelaki dan 3 orang sahaja anak dara.

Ahli Langgar Production
- Naim
- Pijo
-Aliff
-Fhikrey
-Syam
-Fikri
-Fauzan
-Icad
-Yuza
-Afiqah
-dan............................................saya Ecah

Selamat Berkenalan! Nak kenal kami lebih rapat? Jom sesama tonton video kami
Terima Kasih!




Saturday, November 2, 2019

BBM3410Satu2019: VIDEO FOTOGRAFI 6 (FLAT LAY INDIVIDU) - Makanan

Assalamualaikum

Profesor Dr. Normaliza, sahabat-sahabat Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM serta sahabat blogger sekalian. Bertemu lagi kita dalam penulisan mengenai bukti tugasan yang telah saya lakukan sepanjang menghadiri kuliah multimedia di universiti.

Untuk pengetahuan semua, sepanjang cuti satu minggu di kampung, saya telah dibekalkan dengan tugasan yang dinamakan tugasan Flat Lay iaitu kami diamanahkan untuk memotret 11 keping gambar hidangan (4 gambar dari sudut yang berbeza). Pada awalnya tugasan ini agak mencabar pada saya, namun lama-kelamaan ia sangat menyeronokkan..hahaha. Bayangkan hari-hari saya kena masak demi siapkan tugasan Redo ni..hihihi

Sepanjang menjalankan tugasan ini juga ibu, kakak, abang, datuk, nenek, mak cik semua turut sama membantu saya menghasilkan gambar yang menarik dan video yang cantik. Sejujurnya, saya tidak mahir untuk memotret gambar, namun tugasan ini telah mengajar saya bagaimana untuk menghasilkan gambar yang menarik dan jelas.

Alhamdulillah, saya berjaya menyelesaikan tugasan individu ini. Korang nak tahu ke, apa itu Flat Lay?

Jemputlah view dan like channel saya di bawah ini. Link dekat bawah.
Terima kasih!