Sumber: Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi
Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim
Hak Cipta: Universiti Putra Malaysia
Sinopsis cerita
Cerita ini mengisahkan seorang cucu yang bernama Alim yang datang ke kampung untuk menziarahi datuk dan neneknya di kampung. Suasana kampung yang memberi kepada seribu ketenangan sudah pasti sangat menyeronokkan bagi Alim dan keluarganya. Tambahan lagi, Alim dapat bertemu datuk dan neneknya. Namun kali ini, kepulangannya ke kampung membawa perubahan yang luar biasa dan Alim berasa terkilan. Padanya, suasana kampung yang dahulu seperti sudah berubah, misalnya reban ayam yang lama sudah ditukar baharu, keadaan perabot di dalam rumah juga ditukar baharu dan menjadikan dia sedih. Namun, penjelasan yang berhikmah dari neneknya memberikan tafsiran yang baik padanya.

Jenis multimedia untuk paparan cerita sosial
Melalui Website Khusus Cerita Sosial
➝ Cerita sosial seperti ini boleh dipaparkan pada paparan website yang dikhususkan untuk kanak-kanak dan khalayak. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak hari ini sudah terdedah dengan media sosial yang serba canggih ini. Website ini juga hendaklah mudah untuk dilawati oleh pengguna.
Melalui video
➝ Cerita sosial seperti ini boleh diadaptasi kepada bentuk video atau animasi. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak atau individu lebih cenderung untuk melihat benda yang hidup atau bergerak berbanding membaca buku.
Melalui Grafik
➝ Grafik memainkan peranan penting kepada penonton. Grafik yang mempunyai pemilihan warna yang sesuai dan mudah untuk difahami seperti 'gambaran komik' iaitu cerita yang berbentuk gambar amat sesuai untuk tontonan kanak-kanak dan khalayak.
No comments:
Post a Comment