Thursday, September 26, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini



Assalamualaikum sahabat blog semua..jangan lupa follow blog saya:-)
hehe..butang follow dah ada guys..mekasih

Alhamdulillah, jika nak bercerita tentang kenangan manis atau peristiwa manis terlalulah banyak sampai tak terucap oleh bibir ini. Pengalaman yang sentiasa diingati oleh diri ini adalah ketika menjejakkan kaki ke pameran Pesta Buku Kuala Lumpur pada tahun 2018. Di sana saya telah bertemu dengan seorang penulis novel dan saya diperkenalkan diri olehnya bahawa dia adalah seorang penulis!
(Sebabnya saya tak tahu pun beliau tu penulis..hahaha)

Alhamdulillah, banyak ilmu dan perkongsian yang saya peroleh daripada beliau dan saya sangat kagum dengan bahasa dan percakapan beliau yang penuh hormat pada saya!

Antara perkongsian beliau yang menarik pada saya adalah, " Tidak kisah dari mana latar belakang kita, bidang apa yang kita ceburi, bukanlah penghalang untuk kita menjadi seorang penulis yang berjaya.' 'Doakan Saya'

Pada saya, pengalaman-pengalaman pertemuan antara saya dengan beberapa orang penulis buku atau novel, beliaulah antara individu yang banyak memberikan aura yang positif dengan membangkitkan semangat saya untuk menulis!

#Terima Kasih
#terbangduitbelinovel
#redha

Sunday, September 22, 2019

Tajuk post BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk

Cerita Sosial  1: Nenek dan Datuk (Halaman 22)
Sumber: Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi
Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim
Hak Cipta: Universiti Putra Malaysia

Sinopsis cerita

Cerita ini mengisahkan seorang cucu yang bernama Alim yang datang ke kampung untuk menziarahi datuk dan neneknya di kampung. Suasana kampung yang memberi kepada seribu ketenangan sudah pasti sangat menyeronokkan bagi Alim dan keluarganya. Tambahan lagi, Alim dapat bertemu datuk dan neneknya. Namun kali ini, kepulangannya ke kampung membawa perubahan yang luar biasa dan Alim berasa terkilan. Padanya, suasana kampung yang dahulu seperti sudah berubah, misalnya reban ayam yang lama sudah ditukar baharu, keadaan perabot di dalam rumah juga ditukar baharu dan menjadikan dia sedih. Namun, penjelasan yang berhikmah dari neneknya memberikan tafsiran yang baik padanya.

Jenis multimedia untuk paparan cerita sosial

Melalui Website Khusus Cerita Sosial
➝ Cerita sosial seperti ini boleh dipaparkan pada paparan website yang dikhususkan untuk kanak-kanak dan khalayak. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak hari ini sudah terdedah dengan media sosial yang serba canggih ini. Website ini juga hendaklah mudah untuk dilawati oleh pengguna.

Melalui video
Cerita sosial seperti ini boleh diadaptasi kepada bentuk video atau animasi. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak atau individu lebih cenderung untuk melihat benda yang hidup atau bergerak berbanding membaca buku.

Melalui Grafik
➝ Grafik memainkan peranan penting kepada penonton. Grafik yang mempunyai pemilihan warna yang sesuai dan mudah untuk difahami seperti 'gambaran komik' iaitu cerita yang berbentuk gambar amat sesuai untuk tontonan kanak-kanak dan khalayak.

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog


"Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat 10 etika dalam penulisan blog yang baik," antaranya :



Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca

Bagaimana sesuatu tajuk itu berperanan dalam menarik khalayak? Di sini, penulis blog perlu meletakkan pemilihan perkataan-perkataan yang ada 'aura tarikan' misalnya membincangkan isu yang sedang hangat dalam kalangan masyarakat hari ini dan bukannya tajuk yang klise. Maka, pilihlah tajuk yang menjadikan audiens 'tertanya-tanya' apa yang cuba ingin dikongsikan oleh penulis?' Maka, secara automatik jari pelawat blog akan 'click' untuk membacanya. Dalam kata lain ia adalah 'kreatif'.'

Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca

➝ Maksudnya di sini, cerita yang dikarang pada blog adalah tidak membosankan. Penulis blog bertanggungjawab dalam mempamerkan blog sendiri. Maka, untuk mendapatkan cerita yang menarik, penulis perlu merangka strategi untuk memulakan sesuatu perkongsian atau cerita. Misalnya, membuat penyelidikan mengenai hal sekeliling. Oleh itu, keluarlah dari kepompong yang membosankan dan rangkalah sesuatu yang gempak!

Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik

Penulisan yang 'skema' sudah pasti akan membosankan. Oleh itu, penulis perlu menyelitkan unsur-unsur jenaka, namun tidaklah sampai menyentuh hak sensetiviti umum. Bayangkan jika penulisan tersebut terlalu ilmiah, sudah pasti khalayak yang ingin mencari ketenangan hati yang sedang bercelaru pasti melepaskan beban tersebut bila membaca sesuatu yang mencuit hati. Oleh itu, jadilah penghibur yang menghiburkan jiwa khalayak.

Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda

Hujah yang baik, akan menimbulkan spekulasi yang baik dan jelas. Hujah melambangkan kematangan penulis blog tersebut. Oleh itu, jangan sesekali meletakkan hujah yang tidak logik dan tidak masuk akal, kerana jika hal tersebut terjadi, maka pelawat tidak gemar berkunjung ke blog anda kerana sesetengah 'individu' ini sangat berpegang pada kebenaran dan fakta yang jelas.

Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini

Ya! pastikan penulisan yang terkandung dalam paparan blog mempunyai kaitan dengan berita semasa. Hal ini demikian kerana, pembaca selalunya mengikut 'trend' terkini atau dipanggil mengikut arus perubahan terkini. Oleh itu, mereka sangat ingin mencari jawapan bagi persoalan-persoalan yang timbul dalam fikiran mereka tentang hal yang sekeliling dan kemungkinan besar hal tersebut mempunyai kaitan dalam kehidupan mereka.

Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas

Kita tidak tahu siapa pembaca kita, berapa usia mereka, dari mana asalnya tanah air mereka. Maka, berwaspadalah dalam pemilihan perkataan dan pastikan struktur ayat yang digunakan itu mudah ditafsirkan oleh khalayak. Namun jangan terlupa, ayat yang ringkas di sini, maksudnya padat dan mudah difahami serta bukanlah menggunakan ayat-ayat yang sulit dan memerlukan kamus untuk diterjemah.

Dapat dibaca dan difahami

Jelaslah penulisan dan penyampaian pada paparan blog mestilah dapat dibaca dan difahami dengan jelas dan cepat serta segera. Hal ini demikian kerana, kebanyakan pembaca atau pelawat blog suka membaca sesuatu yang cerita atau penyampaian yang 'ringan' dan tidak membebankan kepala mereka dan fikiran mereka untuk memerah idea untuk memahaminya. Oleh itu, pastikan penulisan tersebut adalah sebaik-baik yang terpilih dan difahami.

Dapat berkomunikasi dengan pembaca

Buktinya di sini, pembaca lebih gemar untuk mendapatkan tindak balas daripada penulis dan sama juga pada penulis. Setiap penulisan yang cuba disampaikan, sudah pasti penulis mahukan penilaian yang baik atau sebaliknya daripada pembaca untuk membuat penambahbaikan. Oleh itu, rajin-rajinkanlah diri untuk aktif berkomunikasi dengan pembaca melalui penulisan yang dipaparkan dan meletakkan ruangan untuk pembaca menitipkan pesan atau luahan yang membina.

Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda

Nilai estetika mahupun mesej yang baik, memberi kebaikan kepada diri sendiri dan orang ramai. Penulisan yang mempunyai mesej yang baik, mampu menjadi orang ramai bertindak secara baik, malah jika sebaliknya, maka hal positif yang diperolehnya. Oleh itu, jadilah penyampai blog yang mempunyai jati diri yang bersih dan boleh menjadi teladan serta contoh yang baik kepada pembaca blog. Demikianlah, sudah pasti blog kita akan dijadikan rujukan paling utama.

Berilmu untuk penulisan pendidikan

Untuk memperoleh atau mencipta sesuatu yang bermanfaat sehingga ke peringkat 'ilmu untuk penulisan pendidikan' itu sangatlah memerlukan tindakan yang luar biasa. Pastikan setiap paparan yang cuba disampaikan adalah dengan niat untuk berkongsi ilmu dan kebaikan yang boleh memberi manfaat kepada khalayak. Dengan itu, wujudlah penulisan ke arah pendidikan tersebut.

Friday, September 20, 2019

BBM3410Satu2019: SAYA FAHAM

Lagu & Lirik: Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim
Hak Cipta: Universiti Putra Malaysia

Saya Faham

Saya kata "Apa khabar"
Dia jawab "Khabar baik"

Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk kita
Untuk mereka

                                   

BBM3410Satu2019:DIRI

Assalamualaikum..
Hai,

Nama diberi Aisyah Azman, merupakan pelajar tahun akhir di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dalam Bacelor Bahasa dan Linguistik Melayu. Asalnya dari negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan.

Merupakan anak keempat dalam keluarga iaitu anak perempuan bongsu. Mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang Editor Buku yang berjaya pada masa hadapan. Sangat meminati bidang sastera, dan menjadikan hobi menulis puisi dan cerpen pada masa lapang.

Seorang yang suka berkongsi cerita dan pengalaman serta nasihat yang berguna melalui bait-bait puisi yang dilakarkan. Gemar membaca novel dan menjadi pendengar yang baik.