Friday, October 18, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6

Assalamualaikum...sahabat blog semua

sebelum tertutupnya tirai minggu ke-6, saya datang melawat ke blog ini adalah untuk menyelesaikan kerja Redha saya sepanjang kelas multimedia ini. Di bawah ini hanyalah paparan bukti yang saya telah membuat posting pada paparan Instagram saya.

Ada yang belum follow saya? jemput follow. In Shaa Allah, saya akan follow back anda!
Terima Kasih!


Instagram 1


Instagram 2


Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa


Normaliza Abd Rahim (2014) mengatakan bahawa penulisan blog adalah merupakan suatu proses dalam membantu mempertingkatkan motivasi dalam kehidupan seseorang pelajar itu. Keunikan blog ini dapat dilihat melalui prkongsian pengalaman, pendapat dan komen dalam apa-apa sahaja topik yang diketengahkan. Oleh itu, bagaimana blog ini dapat membantu pengguna atau pelajar adalah apabila penulisan blog ini dapat mengasah bakat seseorang dalam penulisan secara kreatif. Seterusnya, antara keistimewaan blog ini adalah pengguna sendiri akan merasa selamat dan selesa untuk berkongsi hal-hal yang bersifat peribadi, kerana pengguna blog itu sendiri boleh memilih siapa sahaja jemputan pembaca yang diinginkan dan terkawal.

Terdapat banyak kajian yang melibatkan blog ini di mana blog ini merupakan suatu medium dialog di antara penulis blog dengan pembaca, pembaca dengan pembaca dan penulis blog dengan penulis blog yang lain. Hal ini dikatakan demikian oleh (Ferdig & Trammel, 2004). Selain itu, manfaat penulisan dalam blog ini juga mampu melatih para pelajar dalam memperbaiki penulisan secara kritikan. Buktinya, melalui setiap daripada maklum balas secara atas talian oleh teknologi tersebut, pelajar mampu menilai semula penulisan mereka. Seterusnya, melalui kajian Zaini et. al. (2012) menyatakan bahawa melalui penggunaan blog ini juga, para pengguna atau pelajar mampu membentuk kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa. Manfaat penulisan pada blog ini juga mampu dilihat melalui kajian Nadzrah Abu Bakar et. al (2010) yang mengatakan bahawa penggunaan blog secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran  bahasa yang kedua bagi seseorang itu seperti membaca, menulis serta dapat meningkatkan keyakinan diri.

Melalui tiga bentuk hasil kajian dan perbincangan blog yang dilakukan ke atas pelajar universiti yang meceburi bidang akademik yang berbeza, iaitu blog di dalam Pengajian Kesusasteraan,  blog dalam Pembelajaran Bahasa dan blog dalam Pembelajaran Teknologi. Borang soal selidik ini telah diedarkan kepada dua jantina yang berbeza iaitu lelaki dan perempuan. Bagi pelajar yang mengambil jurusan Kesusasteraan, mereka lebih cenderung dalam menulis karya-karya sastera seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Manakala bagi para pelajar yang menceburi bidang bahasa mereka lebih cenderung menulis karangan yang berbentuk akademik pada paparan blog misalnya surat, meluahkan perasaan dan teka-teki. Akhir sekali, pelajar yang menceburi bidang teknologi pula lebih cenderung menggunakan aplikasi video, audio dan gambar pada paparan blog mereka. Oleh itu, benarlah bahawa sesuatu paparan pada blog seseorang terangkum pada bidang atau latar belakang seseorang itu, namun tidak dapat disangkal lagi bahawa penulisan blog banyak memberi kebaikan dan manfaat kepada penggunanya.

Thursday, October 3, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

Bismillahirrahmanirrahim..

Sedikit penceritaan mengenai keluarga saya...

Setiap dari kita, sudah pasti memiliki sebuah keluarga. Tidak kira sama ada keluarga besar, mahupun bilangannya yang sederhana, namun kebahagiaan itulah yang diperlukan dalam membina institusi keluarga Jannah. Saya sendiri memiliki keluarga yang besar, dimana kami semua akan berkumpul dalam apa-apa majlis yang besar seperti hari raya, majlis perkahwinan dan sebagainya di rumah datuk dan nenek kami. Saya sendiri percaya, bahawa keluargalah merupakan individu atau orang pertama yang sentiasa ada untuk kita, tidak kira sewaktu senang mahupun susah. Sejujurnya, saya sangat gembira dan bersyukur memiliki keluarga ini.

Satu sahaja pesanan saya kepada sahabat semua, jagalah hubungan dan ukhwah kekeluargaan kerana, tiada insan yang lebih memahami diri kita melainkan keluarga kita sendiri dan moga-moga Allah menyatukan kita semua di syurganya bersama orang-orang yang tersayang.




Wednesday, October 2, 2019

BBM3410Satu2019: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

Assalamualaikum, selamat petang semua..

Hari ini saya ingin berkongsi beberapa tips mudah untuk anda semua. Tak kisah bagaimana anda ingin menyusun nota anda, yang penting ia memberi kefahaman dan mudah untuk anda mengingat. Semoga perkongsian saya yang sedikit ini memberi manfaat kepada pembaca semua. Selamat beramal ! Doakan pada yang berkongsi tips juga mengamalkannya.

#Jangan lupa sebelum mula belajar, baca doa dulu:-)



Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Birds Eye View (Langgar Production)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T akhirnya sampai juga pada posting yang terakhir. Bukan senang nak senang bukan susah nak susah. Bukan senang nak fikir caption sampai ke tahap ini. Selepas ini dah boleh sambung tidur semula. Di bawah ini saya memaparkan fotografi yang terakhir iaitu Birds Eye View.



Suasana bandar yang menyamankan.
Melihat gambar ini seperti photographer sedang berada di atas
Sungguh indah segala ciptaan Tuhan



Kesibukan dan kesesakan di bandar.
Kelihatan saiz-saiz kereta semakin lama semakin mengecil
Seperti manusia, kita adalah sekerdil-kerdil hamba


Dari jauh, sudah kelihatan jambatan untuk menuju ke rumah kita

BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Langgar Production)

Assalamualaikum semoga bermanfaat untuk pengunjung semua,

Alhamdulillah sudah masuk kepada posting yang kelima. Proses posting ini seperti mengambil masa setahun tambahan pula bercampur-baur dengan perasaan gemuruh sebelum tibanya due date tepat jam 10 pagi hari ini. Di bawah ini, saya memaparkan sejenis fotografi 'Over The Shoulder'



Naim sedang menunjukkan arah kepada kami semua untuk menuju ke jalan yang benar.
Maka, ayuhlah kita sepakat untuk menuju ke sana
#Ketua (Naim 2019)



Maka, nikmat Tuhan yang manakah engkau hendak dustakan?
(Ar-Rahman)
Alhamdulillah, rezeki dari Allah- Irsyad



Cuba perhatikan baik-baik disini,
sudah pasti kita akan menemui jalan untuk pulang ke kampung halaman.
Kira-kira midterm dah nak dekat ke kawan-kawan? 
(Fauzan 2019)

BBM3410Satu2019: Mugshot (Langgar Production)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah pagi-pagi dah buka laptop. Gigi pun tak sempat nak gosok. Harap gambar-gambar ini boleh menarik perhatian kalian. Dalam hidup ini kita akan mengalami fasa-fasa yang tertentu adakalanya kita berada di fasa yang menyakitkan malahan ada ketika kita berada di fasa yang membahagiakan.



Dalam pancaran sinar kebahagiaan pada wajah seseorang,
sudah pasti terselit 1001 kekecewaan
yang tidak disangka-sangka (Afikah 2019)



Bagaimana Islam mengajar seseorang itu untuk mengawal kemarahan mereka?
Pertama, jika ia sedang berdiri, maka duduklah,
dan jika ia sedang duduk, maka baringlah. Mudah-mudahan kemarahan itu akan reda
(Al-Fikhrey)



Ada suatu saat, kita perlu memikirkan segala beban yang ada dalam fikiran kita. Ia bergantung pada pemikiran yang matang (logik) mahupun tidak matang (tidak logik), maka berfikirlah berlandaskan al-Quran dan As-Sunnah
(Fikri 2019)