Bismillahirrahmanirrahim..
Sedikit penceritaan mengenai keluarga saya...
Setiap dari kita, sudah pasti memiliki sebuah keluarga. Tidak kira sama ada keluarga besar, mahupun bilangannya yang sederhana, namun kebahagiaan itulah yang diperlukan dalam membina institusi keluarga Jannah. Saya sendiri memiliki keluarga yang besar, dimana kami semua akan berkumpul dalam apa-apa majlis yang besar seperti hari raya, majlis perkahwinan dan sebagainya di rumah datuk dan nenek kami. Saya sendiri percaya, bahawa keluargalah merupakan individu atau orang pertama yang sentiasa ada untuk kita, tidak kira sewaktu senang mahupun susah. Sejujurnya, saya sangat gembira dan bersyukur memiliki keluarga ini.
Satu sahaja pesanan saya kepada sahabat semua, jagalah hubungan dan ukhwah kekeluargaan kerana, tiada insan yang lebih memahami diri kita melainkan keluarga kita sendiri dan moga-moga Allah menyatukan kita semua di syurganya bersama orang-orang yang tersayang.
' Semanis-manis gula... manis lagi Sang Puisi ' Aku sudah jatuh cinta! Jatuh Cinta pada siapa ? Jatuh CINTA padamu wahai Sang Puisi :) Dalam hidup ini AKU memerlukan kritikan... kritikan bakal mengajar AKU... bagaimana AKU merangkak lebih pantas dari kepompong AKU yang lama..
Thursday, October 3, 2019
Wednesday, October 2, 2019
BBM3410Satu2019: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH
Assalamualaikum, selamat petang semua..
Hari ini saya ingin berkongsi beberapa tips mudah untuk anda semua. Tak kisah bagaimana anda ingin menyusun nota anda, yang penting ia memberi kefahaman dan mudah untuk anda mengingat. Semoga perkongsian saya yang sedikit ini memberi manfaat kepada pembaca semua. Selamat beramal ! Doakan pada yang berkongsi tips juga mengamalkannya.
#Jangan lupa sebelum mula belajar, baca doa dulu:-)
Tuesday, October 1, 2019
BBM3410Satu2019: Birds Eye View (Langgar Production)
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T akhirnya sampai juga pada posting yang terakhir. Bukan senang nak senang bukan susah nak susah. Bukan senang nak fikir caption sampai ke tahap ini. Selepas ini dah boleh sambung tidur semula. Di bawah ini saya memaparkan fotografi yang terakhir iaitu Birds Eye View.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T akhirnya sampai juga pada posting yang terakhir. Bukan senang nak senang bukan susah nak susah. Bukan senang nak fikir caption sampai ke tahap ini. Selepas ini dah boleh sambung tidur semula. Di bawah ini saya memaparkan fotografi yang terakhir iaitu Birds Eye View.
Suasana bandar yang menyamankan.
Melihat gambar ini seperti photographer sedang berada di atas
Sungguh indah segala ciptaan Tuhan
Kesibukan dan kesesakan di bandar.
Kelihatan saiz-saiz kereta semakin lama semakin mengecil
Seperti manusia, kita adalah sekerdil-kerdil hamba
Dari jauh, sudah kelihatan jambatan untuk menuju ke rumah kita
BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Langgar Production)
Assalamualaikum semoga bermanfaat untuk pengunjung semua,
Alhamdulillah sudah masuk kepada posting yang kelima. Proses posting ini seperti mengambil masa setahun tambahan pula bercampur-baur dengan perasaan gemuruh sebelum tibanya due date tepat jam 10 pagi hari ini. Di bawah ini, saya memaparkan sejenis fotografi 'Over The Shoulder'
Alhamdulillah sudah masuk kepada posting yang kelima. Proses posting ini seperti mengambil masa setahun tambahan pula bercampur-baur dengan perasaan gemuruh sebelum tibanya due date tepat jam 10 pagi hari ini. Di bawah ini, saya memaparkan sejenis fotografi 'Over The Shoulder'
Naim sedang menunjukkan arah kepada kami semua untuk menuju ke jalan yang benar.
Maka, ayuhlah kita sepakat untuk menuju ke sana
#Ketua (Naim 2019)
Maka, nikmat Tuhan yang manakah engkau hendak dustakan?
(Ar-Rahman)
Alhamdulillah, rezeki dari Allah- Irsyad
Cuba perhatikan baik-baik disini,
sudah pasti kita akan menemui jalan untuk pulang ke kampung halaman.
Kira-kira midterm dah nak dekat ke kawan-kawan?
(Fauzan 2019)
BBM3410Satu2019: Mugshot (Langgar Production)
Assalamualaikum,
Alhamdulillah pagi-pagi dah buka laptop. Gigi pun tak sempat nak gosok. Harap gambar-gambar ini boleh menarik perhatian kalian. Dalam hidup ini kita akan mengalami fasa-fasa yang tertentu adakalanya kita berada di fasa yang menyakitkan malahan ada ketika kita berada di fasa yang membahagiakan.
Alhamdulillah pagi-pagi dah buka laptop. Gigi pun tak sempat nak gosok. Harap gambar-gambar ini boleh menarik perhatian kalian. Dalam hidup ini kita akan mengalami fasa-fasa yang tertentu adakalanya kita berada di fasa yang menyakitkan malahan ada ketika kita berada di fasa yang membahagiakan.
Dalam pancaran sinar kebahagiaan pada wajah seseorang,
sudah pasti terselit 1001 kekecewaan
yang tidak disangka-sangka (Afikah 2019)
Bagaimana Islam mengajar seseorang itu untuk mengawal kemarahan mereka?
Pertama, jika ia sedang berdiri, maka duduklah,
dan jika ia sedang duduk, maka baringlah. Mudah-mudahan kemarahan itu akan reda
(Al-Fikhrey)
Ada suatu saat, kita perlu memikirkan segala beban yang ada dalam fikiran kita. Ia bergantung pada pemikiran yang matang (logik) mahupun tidak matang (tidak logik), maka berfikirlah berlandaskan al-Quran dan As-Sunnah
(Fikri 2019)
BBM3410Satu2019: Medium Shot (Langgar Production)
Assalamualaikum pembaca blog semua,
Untuk posting kali ini, saya akan memaparkan gambar fotografi dua jenis iaitu medium manusia dan gambar manusia dan pemandangan. Ada cerita disebalik setiap gambar yang dipaparkan.
Hidup mesti simple dan smart (Irsyad 2019)
Jangan lupa solat geng (Hisyam 2019)
Hidup ini ada jatuh bangun!
Maka bersabarlah (Alif 2019)
Demi subjek Multimedia ini, Fikri salah seorang ahli kumpulan kami, telah berjaya mendarat di bumi Che Siti Wan Kembang demi mendapatkan gambar yang mantap. Segan pula dengan jemaah dekat tepi tu.
Sepertinya saya sudah membayangkan masa depan saya yang luar biasa. Mungkin suatu hari nanti saya akan terbang ke bulan? Tapikan bah,
makin lama jerebu makin sudah mahu pergi bah, nampaknya kuliah sudah kembali seperti biasa
makin lama jerebu makin sudah mahu pergi bah, nampaknya kuliah sudah kembali seperti biasa
Sudah tak sabar bah mahu terbang ke Sabah
-Al-Fikhrey-
Berdirinya saya di sini kerana tiada kerusi
Alhamdulillah, 3 hari berturut-turut mandi hujan dan guruh demi Multimedia
(Aisyah 2019)
BBM3410Satu2019: Long Shot (Langgar Production)
Alhamdulillah...
Bertemu lagi pada posting yang kedua saya. Paparan kali ini adalah fotografi bagi pandangan (Long Shot). Bahagian inilah yang banyak mengelirukan khalayak, namun paparan di bawah ini adalah jelas bagi paparan Long Shot. Jemput scroll sampai bawah. Moga bermanfaat!
'Jauh perjalanan luas pandangan'
Jika dilihat dari sisi belakang seperti Hafizul, tapi betullah Hafizul Hafifi namanya
Lagaknya seperti sedang menunggu ikan paus muncul di tasik. Beliau antara seorang rakan yang ada ciri-ciri pemimpin. Tengok gaya dah tahu!
Agak-agak jika diukur, berapa inci sahaja ketinggian Yuzalini dalam gambar ini.
Dah nama longshot memang jauhlah gambarnya
Tips nak kurus?
Ikutilah jejak langkah Hisyam dengan berlari mengelilingi bumi
Bangunan yang bertingkat-tingkat dan tinggi selalunya
membawa lambang 'gah' dalam masyarakat
Inikah satu-satunya jalan untuk menuju ke hati awak?
Susunan pokok disepanjang jalan MAEPS Serdang, redup dan sangat menenangkan jiwa
Walaupun bangunan ini kelihatan sudah terlalu tinggi,
namun cinta saya pada Allah S.W.T tidak terhitung nilai ketinggian itu
Subscribe to:
Posts (Atom)





















