Mulalah kisah tujuh puteri,
Menggalas bersama tugas diberi,
Mencari sasterawan yang amat digemari,
Itulah Shamsudin Othman nama diberi.
Fakulti Pendidikan kami jelajah,
Berjalan kaki bukan naik gajah,
Demi ilmu pesan pensyarah,
Mandi keringat kami tak kisah.
Belum kenal anggapannya garang,
Apabila berjumpa hati girang,
Itulah dia menduga sebarang,
Jangan sampai pecah temberang.
Orangnya tinggi segak bergaya,
Penuhi ilmu dengan upaya,
Soalan diberi mencungkil kerjaya,
Doakan kami semoga berjaya.
Penuhi dada dengan ilmu,
Ingat! mengolah jangan jemu,
Biarlah berkongsi bersama tetamu.
Memori tersemat di kaca hati,
Ilmu dikongsi penuh hati-hati,
Kami jauh dari fakulti,
Doanya satu moga diberkati.
Sepuluh jari disusun rapi,
Salah dan silap harap diketepi,
Kerana hidup kadang kala sepi,
Semoga tabah untuk menghadapi.
( Cacah )
( Cacah )
No comments:
Post a Comment