Bismillahirrahmanirrahim...
KETIKA DAN KALIMAT
Pejam celik, pejam celik semester akhir akan menutup tirai, jendela, pintu dan juga tingkap. Saya tak mahu berborak panjang. Tetapi, inilah esei yang perlu saya karang dengan sepenuh hati saya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang saya hormati iaitu Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan sahabat-sahabat dalam dunia multimedia. Keduanya, ribuan terima kasih kepada En. Akmal selaku tenaga pengajar Kelas Amali yang membuat saya celik mata dan minda dalam dunia Twitter yang seumur hidup saya tak pandai nak tweet2 orang, dan di Facebook tu, terpaksa tebalkan bedak muka untuk postkan gambar di situ dan juga Photoshot. Ketiga merangkap yang terakhir, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada sahabat Langgar Production yang terdiri daripada 11 orang kesemuanya. Tipulah jika tiada konflik dan salah faham antara kami semua sepanjang kami menjalankan tugasan yang bertimbun ini. Namun, sejujurnya saya berasa gembira dapat berkumpulan dengan Langgar Production dari minggu yang pertama sehinggalah minggu ke-14 semester 7 ini.
Pada awalnya, saya tidak menyangka akan berkumpulan yang majoritinya kaum adam yang asalnya saya kurang berkomunikasi antara satu sama lain namun, inilah yang dikatakan Takdir Allah dan Reda yang perlu saya faham maknanya yang sebenar sepanjang mengambil kursus ini. Segala teguran yang saya terima daripada Prof dan sahabat Langgar akan saya jadikan sebagai pengajaran untuk saya perbaiki pada masa hadapan. Yang penting sep dio ramai dari Kelate, sep kito jange pecoh! Harap diri sendiri dah boleh faham Reda yang sebenar.
Akhir sekali, saya ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf atas segala kesilapan yang saya lakukan dengan sengaja mahupun tidak sengaja sepanjang berada dalam Langgar Production. Memang tidak dapat dinafikan bahawa subjek ini telah banyak membuat saya ketawa dan gelak kadang-kala sampai tak ingat dunia bila terpaksa menjadi pelakon dan menjadi apa-apa watak dalam video tanpa ada rasa malu dan segan. Namun begitu, kami tetap Langgar dan Redah sahaja! Agak-agak berapa patah perkataan esei ini? Selepas ini, saya dah boleh qada segala tidur saya sebagai ganti sepanjang kursus ini. Apa-apa pun Geng Langgar Production sangat sempoi bak hang!
#Siskekokbilakenapakaibahasabaku
#Sisnakkecekkelatetakutoredokpehe
Gambar 1: Sahabat Multimedia
Gambar 2: Sahabat Langgar Production
Gambar 3: Prof Kesayangan Saya ( saya pun nak nampak muda pakai spek mata )