Saturday, November 23, 2019

BBM3410Satu2019: Video 11 - Video Fokus?

Assalamualaikum, sahabat semua.

Minggu lepas kami mendapat tugasan baharu untuk merakamkan satu video berkumpulan iaitu dikenali sebagai video fokus. Korang mesti nak tahu, apa benda yang fokus-fokus ni kan? Sahabat-sahabat saya semua memang sangat berbakat dalam bidang lakonan. Tapi yang peliknya kenapa mereka semua menceburi bidang bahasa?

Jadi, nak pastikan betul atau tidak yang kawan-kawan saya ini berbakat ataupun tidak, jemputlah tonton video di bawah ini sahabat blogger semua.


BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 10 - Anda berasa Lega & Gembira?


Assalamualaikum,
selamat pagi sahabat blogger semua.
Saya rasa minggu ini adalah minggu yang paling kritikal dalam hidup saya.

Saya perlu siapkan pelbagai tugasan yang tak pernah berhenti datang berkunjung ke kolej saya!
Kalau sampai ke tahap ini anda kata saya belum Reda, maka anda sedang mengalami kemurungun tahap 4. Tugasan saya minggu ini adalah membuat posting gambar yang melambangkan Kelegaan & Kegembiraan. Sesuai sangatlah dengan musim konvo di UPM sekarang ini.

Jomlah, melawat instagram saya sekejap.
Likes & Comment


Prof dah likes, mesti sendu caption saya sebab Prof tak komen. HAHAHA

 Gambar 1: Kelegaan

Gambar 2: Kegembiraan

Thursday, November 21, 2019

BBM3410Satu2019: Video 10 - Vlog Konvokesyen UPM ke-43

Assalamualaikum, hai.

Sahabat semua terlibat ke dengan konvo di UPM? Kalau tidak terlibat, jom tengok kami punya vlog sempena konvo UPM kali ke-43 ni. Ada beberapa keluarga yang kami sempat temu ramah. Seronok bila dah dapat sarung jubah graduasi ini. Bahagia bila dapat pandang muka bahagia keluarga. Banyak juga tempat yang akan kami paparkan kepada sahabat semua sempena pesta konvo ini. Jadi, jangan lupa tengok tau.

Yeayyy..video dah upload
Meh jemput menonton!
Terima kasih semua:-)


Saturday, November 16, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 9 - Reda & Tenang?

Assalamualaikum,

Macam biasa, kalau bukan facebook, twitter, mestilah instagram pula. Minggu ini kami mendapat tugasan untuk mengambil gambar yang bertemakan KEREDAAN dan KETENANGAN.
Nampak macam biasa gambar yang perlu diambil, namun untuk memikirkan caption memerlukan masa selama 1 hari 7 malam. Hahaha.

Jadi, saya sudah berjaya mengambil 2 keping gambar ini dalam keadaan panas terik tapi saya relakan diri untuk mendapatkan pemandangan yang cantik pada potret ketenangan. Namun begitu, pada potret keredaan, hanyalah gambar potret santai ketika saya berada di kawasan yang berhampiran dengan perpustakaan UPM.

Agak-agak, sungguh ke, saya dah reda dengan tugasan Prof Normaliza?
Anda rasa?
Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?
Jadi saya mengambil keputusan untuk Reda, agar kepala saya tak pening lagi.

Comel kan saya?
Yeay Prof likes!

Gambar 1: Keredaan

Gambar 2: Ketenangan

BBM3410Satu2019: Facebook Minggu 9

Assalamualaikum,

Ini adalah tugasan saya pada minggu ke sembilan. Minggu ini saya ditugaskan untuk membuat rumusan dan berkongsi kata-kata motivasi dan Pendekatan Strategi Komunikasi di bawah ini kepada semua sahabat di Facebook. Jadi, jemputlah baca ya semua!

Gambar 1: Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi

Gambar 2: Kata-kata Motivasi

BBM3410Satu2019: Video One Shot 3 Layer - Assalamualaikum Ustazah!

Amacam? dah tonton video-video sebelum ini?
Terima kasih kerana sudi views. Jasa sahabat semua amat saya hargai.
Sahabat semua tahu tak apa sebenarnya layer-layer ni?

Meh saya terangkan sedikit
1- One Shot
Apa itu one shot? one shot ini adalah melibatkan seorang yang menyanyi dan ada penari di belakangnya.

2- One Shot 2 Layer
Apa pula one shot 2 layer ni? 2 layer ini melibatkan penyanyi, dan ada watak yang sedang melakonkan apa yang disampaikan oleh penyanyi itu.

3- One Shot 3 Layer
Apa pula one shot 3 layer ni? 3 layer ini melibatkan seorang penyanyi, ada pelakon, dan benda bergerak yang tanpa dirancang.

Nak tahu dan faham dengan lanjut, kalian kena tontonlah video kami ini.
Jangan Lupa, Tekan Saja
#LANGGAR PRODUCTION (pasti akan keluar video-video kami)

Terima Kasih!




BBM3410Satu2019: Video One Shot 2 Layer - Drama?

Assalamualaikum,

Minggu 7,8,9 adalah minggu yang paling barai bagi kami kerana setiap malam pasti kami geng Langgar Produksi akan turun untuk berlatih sama ada menari, berlakon dan menyanyi. Dah macam artis dah kami. Ni, tak sentuh bab FYP lagi. Nak menangis pun ada. Tapi apa-apa pun kami kena reda dan pasrah dengan takdir. Jomlah like dan view video kami. Harap-harap views kalian dapat hilangkan penat saya.

Terima Kasih semua!