Thursday, December 20, 2018

'3 Ketul Pelarian'


Tiada 'fikiran' berbuah puisi,
hanya cerita sebagai pengganti

Pertemuan
3 ketul pelarian
Datangnya dari UITM

Menetap pula di Pantai Timur
Jauh datang ke seberang
Demi mencari selembar Ijazah

Menjadi persinggahan bumi Selangor
Mulalah titik perkenalan
Antara 3 ketul pelarian

1 orang dilempar ke UKM
2 orang dilempar ke UPM
 Perangai tetap macam Wonderpets :)


Wednesday, December 5, 2018

....... :(



Tika ini
aku masih sendiri lagi,
aku masih diam lagi,
Kaku
Masih kaku seperti tadi.

Kali ini
Air mata kering lagi,
Barangkali tidak berani lagi,
Takut jikalau duka menumpang,
Di samping jiwa masih menahan.

Aku terpaksa
Menyorok disebalik kepura-puraan,
Jikapun aku tidak mampu,
Aku harus akur,
Kerna aku sudah janji

Berjanji untuk Reda
Reda dalam bisu...

Tuesday, December 4, 2018

‘Jejaka Ekonomi yang Cintakan Dunia Sastera’




Tujuan utama menjejakkan kaki ke kedai novel adalah untuk bertemu penulis buku yang digelar ‘ Cikgu Korea ’ Namun, lain pula Allah susun jalannya…

Ketika menuju ke salah sebuah kedai novel, kami ditegur oleh seorang lelaki…
Assalamualaikum “ Maaf, dah pernah baca novel ini ? di tangan beliau 
‘ Haruan Mendayung ‘ – Muhd Nurzharif

Kami : Waalaikumussalam. Maaf, belum pernah.
Beliau : Kenal saya?
Kami : Maaf, kami tidak kenal ( timbul rasa serba salah )
Beliau : Nurzharif ? tak kenal? Zharif?
Kami : Tak pernah kami melihat saudara.  ( Timbul lagi rasa serba salah )
Beliau : Takpe, saya kenalkan diri. Kalian dari mana?
Kami : A’a ya. Silakan. Kami dari UPM:)

Beliau : Ohhh, ya…. Saya juga pelajar dari UPM:)
Alhamdulillah baru sahaja tamatkan pengajian.
Tak pernah nampak saya di Fakulti?

Kami : Maaf, kami betul-betul tak kenal ( timbul lagi rasa bersalah ),
Kalau boleh kami tahu, saudara Zharif ambil kos apa di UPM?

Beliau : Saya dari Fakulti Ekonomi.

Kami : Ekonomi????? Orang ekonomi menulis novel ???

Kami : Boleh saya dapatkan novel ini?
Beliau : Ya, boleh.. Alhamdulillah:)

Jangan pandang rendah pada orang ekonomi, depa punya jiwa sastera lagi mendalam..haha
(Banyak perkara yang dikongsi oleh beliau)

Good Luck Saudara Zharif !!

Mungkin aku juga perlu ‘Menggila’ untuk menulis!

Teringat dengan kata-kata seorang pensyarah,

‘Ingatlah, sebaik-baik penulis adalah mereka yang sentiasa merendah diri’





‘ Usahalah Sampai Dapat Menutup Luka ’
29April 2018

NurZharif :)



Bingkisan 'Si Oren'



Wahai pemilik Si Oren…
Mungkin lakaran ini tidak sepatutnya sampai kepada Engkau,
Namun, kenakalan jiwa ini,
Akhirnya telah menjadikan coretan ini singgah pada kamu,
Yang hanya menjadi jiran sebelah penginapan ini…


Hye pemilik Si Oren..
dah lama diperhati..
Tetapi gerun sekali untuk menghampiri


Namun !
Kali ini, aku bukan hanya memerhati,
Tapi ku cuba untuk menyelusuri ke akar hati…
Jangan takut dan menghindari…
kerana aku sudah cuba perlahan-lahan
untuk mencuri hati, milik Ilahi
Sabar dan terus menanti…
Agar kelak akan kutemui Kamu di Dewan Graduasi :)



Sunday, November 25, 2018

Jatuh Lagi



Aku
kali ini terjatuh lagi
kali ini terluka lagi
biar, biar aku sendiri
menangis tanpa sendu

Aku
kali ini tercicir lagi
ciciran kali keduanya
tidak mampu pulih lagi
biar, biar begitu

Aku
cuma menunggu
menunggu panggilan bahagia
bahagia yang terakhir
jika ia memang
milik AKU

Friday, November 9, 2018

Setabah Hatimu 'Ibu'



Wajahmu seperti nyamannya waktu dhuha,
Lidahmu yang melantun bait-bait zikir,
Dakwahmu tidak  terjerat oleh nafsu,
Bibirmu menjadi madu penawar,
Langkahmu menjadi ikutan ummah.

Teguran hikmah mendorong ikutan,
Menjadi titipan setiap insan,
Menjadi saksi penghuni langit,
Tidak kelu mengungkap kebenaran,
Tidak sombong mencurahkan ilmu.

Tidak janggal di bumi perantauan,
Kukuhnya iman pendamping jiwa,
Tidak goyah oleh tiupan jahiliah,
Tidak tercalar oleh bisikan syaitan,
Menjadi madah penghuni bumi.

Tidak tergambar di ruangan akal,
Begitu naif pakaian di tubuhmu,
Tidak sedikitpun digertak bisikan malu,
Ikhlasmu hanya Tuhan yang mampu menilai,
Tangisanmu menjadi rahsia Yang Satu.

Sungguh tabah wahai pencinta akhirat,
Dunia hanya pinjaman sesaat,
Kau tidak termakan dek rayuan permata,
Kau tidak terdetik mencemar akhlak,
Kerana kau, setabah hatimu.

' Penuntun Masa Depan '



Guru,
Dulu kau diangkat ke langit,
Kau terkenal di bibir desa,
Kau disanjung dan dihormati,
Seringkali kau sedih kau dipujuk,
Dirimu umpama kerdipan bintang
Memberi cahaya petunjuk.

Guru,
Kau menjadi inspirasi kami,
Ajaranmu tidak terhitung nilainya,
Apabila hujan sanggup kau redah,
Apabila petir sanggup kau harungi,
Demi menuntun anak didikmu,
Sehingga mampu memercu kejayaan.

Guru,
Engkau tidak mengenal erti lelah,
Engkau tidak mengenal erti sakit,
Sanggup berkorban masa dan lapar,
Biarpun diri meronta kesakitan,
Biarkan diri merengus kepenatan,
Tapi, tidak pernah terhambur di bibir.

Guru,
Kau lahirkan seorang penyajak,
Kau lahirkan seorang jurutera,
Kau juga yang lahirkan pendidik,
Kini mereka mampu menjadi pewarismu,
Mengikuti jejak langkahmu,
Mendidik anak-anak pemimpin.

Guru,
Tidak mampu ku balas dengan berlian,
Tidak mampu ku ungkap dengan perasaan,
Kerna jasamu umpama luasnya lautan,
Yang tidak pernah kering hingga kini,
Walaupun ditimpa dek kemarau,
Pergorbananmu tetap ku kenang.